Fasa Baru Untuk Farah Nabila, Majlis Resepsi Meriah Bertemakan ‘Arabic Style’

Pelakon Farah Nabila sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus dengan sekali lafaz pada Jumaat di Royale Chulan Damansara lalu. Malam semalam dari jam 6 petang sehingga lewat malam majlis sanding kedua pasangan sejoli ini berlangsung di Neo Event Hall Damansara.

Walaupun majlis perkahwinan pelakon berusia 27 ini lebih menekankan tema ala-ala arab tapi adat melayu dan pengisian islamik tetap ada pada upacara majlis tersebut. Antaranya, marbahan dilaungkan sebelum ketibaan pengantin ke perkarangan dewan dan sesi merenjis tepung tawar dari kedua belah keluarga pasangan.

Sumber: ig farahnabila

Tak cukup dengan pengantin memakai pakaian arab, para tetamu yang hadir ke majlis turut memeriahkan suasana dengan memakai serba-serbi seperti orang arab. Meriah!

Dengar cerita suami Farah nak berbulan madu dekat Pulau Pinang sebab nak makan Nasi Kandar. Belum apa lagi, dah mengidam ye, ihiks! Tak kisahlah pergi honeymoon dekat mana pun, yang penting happy!

Kami dari team Donna ingin ucapkan tahniah Farah dan pasangan. Semoga masing-masing mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dengan baik.

Rumah tangga takkan manis sepanjang masa, pasti ada bergaduh manja. Yang penting,  kena ada sikap tolak ansur, belas kasihan, saling memahami dan menghormati.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Nak Majlis Kahwin ‘Simple’ & Unik? Tema Rustik Kemelayuan Adalah Pilihan Tepat

Sentuhan Solekan Ketika Menjadi Raja Sehari Untuk Wanita Yang Berkulit Sawo Matang

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna