Fakta Tentang Makanan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Lagi

Jika bercakap tentang fakta makanan, sebenarnya sangat banyak dan takkan pernah habis. Mula dari kandungan gizi, manfaat dan kalori dalam sebuah makanan hinggalah jumlah tenaga yang kita peroleh dalam satu hidangan.

Selain daripada memberi tenaga dan manfaat pada tubuh kita, tahukah anda makanan juga mempunyai beberapa fakta yang jarang sekali kita dengar dan fakta ini akan membuat anda tidak percaya tentang makanan.

Untuk lebih jelas, jom baca perkongsian dari sebuah portal mengenai beberapa kajian tentang mitos makanan yang masih lagi orang ramai guna pakai. Apa lah mitos tu ye? Jom baca fakta di bawah.

Sumber: caspian news

Mitos 1: Saderi tidak mempunyai kalori

Ramai yang beranggapan saderi tidak mempunyai zero kalori tapi menurut kajian yang dilakukan di United States Department of Agriculture (USDA), satu batang saderi berukuran 11-12 inci mengandungi sebanyak 9 kalori.

via GIPHY

Untuk pengetahuan anda, sebatang saderi mengandungi 166 miligram kalium yang sangat bagus untuk individu yang mengalami penyakit darah tinggi kerana ia mampu mengurangkan tekanan darah.

Selain itu, saderi juga mengandungi flavonoid di mana para penyelidik mendapati ia dapat bertindak sebagai anti-radang dan mengelakkan dari terkena penyakit kanser.

Mitos 2: Basuh ayam untuk hilangkan bakteria

Untuk pengetahuan anda, membasuh ayam tidak mampu membunuh bakteria yang ada pada isi ayam. Hanya satu cara saja yang mampu membunuh bakteria iaitu masukkan potongan ayam ke dalam suhu 165 ° F.

Sumber: YT

Menurut kajian dari Universiti Drexel isi ayam mentah yang tidak dibasuh sebenarnya lebih selamat sehinggakan sekolah di kawasan Pennsylvania, United States mengadakan kempen “Jangan Cuci Ayam Anda”.

Apa pun, sebagai umat Islam, kebersihan amat diutamakan. Basuh ayam sekadar membuang pasir, serpihan plastik terlekat, lendir atau bulu yang masih terlekat asalkan tidak memudaratkan kesihatan.

Mitos 3: Nutrien sayuran akan hilang jika dimasak

Pasti anda pernah dengar atau terbaca info di laman sesawang yang mengatakan jika sayur-sayuran dimasak, nutrien yang ada pada sayuran tersebut akan hilang. Terutama tomato atau lobak merah.

via GIPHY

Sebenarnya, itu hanyalah mitos semata kerana tidak semua sayuran adalah sama. Kajian dari Pusat Maklumat Bioteknologi Negara California telah membuktikan lobak merah yang telah dikukus dan tomato yang sudah di masak, langsung tidak menjejas kandungan nutrien. 

Malah, tomato yang sudah di masak tadi, dapat meningkatkan kandungan beta karotena dan lycopene. Kesimpulannya, anda boleh makan sayur-sayuran dalam keadaan mentah dan juga setelah dimasak.

Mitos 4: Gula getah ambil masa 7 tahun untuk dihadam

Jangan telan chewing gum, perut tak boleh hadam chewing gum sampai 7 tahun!”

Siapa je tak pernah dengar barisan nasihat ini lagi-lagi dari kedua orang tua kita tapi, sebenarnya menurut Akademi Pediatrik Amerika, terdapat kes seorang kanak-kanak dimana ususnya tersumbat tetapi selepas diminta menelan gula-gula getah, ususnya kembali seperti biasa semula.

via GIPHY

Ini kerana, gula-gula getah sebenarnya boleh dihadam seperti makanan lain kerana enzim yang berada pada bahagian usus akan menghapuskan gula-gula getah tersebut. Lepas ni, jangan risau kalau si manja tertelan gula-gula getah cuma janganlah digalakkan.

Itulah antara mitos makanan yang masih lagi dipercayai oleh sesetengah individu. Lepas ni, bolehlah kongsi fakta makanan dengan jiran sebelah. Hiks!

 

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna