Fakta Menarik! 5 Gajet Popular Yang Dah Ditelan Zaman

Harini Donna nak ceritakan tentang gadget-gadget yang mungkin anda pernah guna masa dulu-dulu. But ladies, sekarang you all dah tak guna sebab benda macam ni  dikira classic dan tidak lagi bersesuaian dengan zaman sekarang.

Plus, dengan adanya smartphone yang mempunyai feature yang lebih canggih, menyebabkan alat-alat ini semakin dilupakan. Jadi mari Donna nak tunjuk pada anda alat-alat yang anda dulu susah nak dapat atau anda pernah guna pada suatu ketika dahulu.

Disk Player Mudah Alih

Anda yang lahir tahun 90-an mesti pernah nampak benda ni digunakan dulu. Disk Player mudah alih ini dulu digunakan untuk anda dengar lagu dekat mana-mana je dan anda harus beli CD album artis kegemaran anda untuk dengar dekat Disk Player ni.

via GIPHY

 

Kalau dibandingkan dengan smartphone sekarang boleh dianggap disk player ni leceh dan menyusahkan kerana mempunyai saiz yang besar tapi demi nak dengar artis kegemaran pada zaman itu anda mesti akan gigih juga!

Walkman/Pemain Kaset/Pemain MP3

Fungsi walkman atau pemain kaset ini sama sahaja seperti disk player, boleh dibawa ke mana sahaja serta boleh dengar lagu. But ladies, alat ni dulu cuma menggunakan kaset sahaja dan disebabkan peredaran masa ianya menjadi mp3 player dan tak perlukan kaset. Anda hanya cuma perlu masukkan lagu dari komputer ke dalam alat tersebut.

 

via GIPHY

 

Gameboy

Alat ini menjadi kegilaan budak-budak zaman dulu sebab kita boleh main game dekat mana-mana berbanding dengan alat game lain yang kena cucuk dekat TV. Alat ini ada banyak jenis dan game didalamnya simple je tak susah macam game sekarang. Game dekat alat ini boleh dibeli dalam bentuk tape dan harga alat ni agak mahal dan siapa yang ada alat ni masa kecil kira kaya lah gitu!

Foto:cdn.vox-cdn.com

Camcorder

Alat ini digunakan untuk merakam video dan menjadi pilihan buat orang yang nak merakam moment dalam hidup anda yang istimewa. Ianya telah dilupakan zaman sekarang sebab kamera DSLR dan phone sekarang pun dah boleh rakam video dan sekarang dah ada banyak jenis kamera yang menandingi camcoder ni. Tapi yang masih belum dilupakan oleh orang sekarang dengab camcoder ni adalah effect kamera yang dikenali sebagai VHS effect. Now, banyak anda boleh lihat penggunaan effect ini dekat sosial media untuk menampakkan seperti mereka menggunakan Camcorder.

Foto:sellout.woot.com

PDA (Personal Digital Assistant)

Alat ini adalah alat yang digunakan oleh golongan professional masa dulu-dulu. Ia juga sama seperti smartphone cuma ia tidaklah hebat sepertinya. Digelar sebagai handheld PC ketika itu kerana kegunaannya sama seperti komputer. This is also meant, anda boleh buat document, boleh melayari internet dan membuat panggilan telefon! Not bad huh? Bagi mereka yang lahir tahun 90-an mungkin tidak sempat merasa kerana masih lagi berusia muda. Tetapi, maybe parents anda pernah menggunakan alat ini cuba tanyakan pada mereka.

Foto:upload.wikimedia.org

Donna harap artikel ini dapat membantu menceriakan hari anda dan semoga topik ini boleh menjadi good conversation-starter!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna