Fakta ‘Baby Oil’ Yang Belum Anda Ketahui

Setiap ibu pasti inginkan kulit anak mereka licin, lembut, kilat dan segar. Jadi, tidak hairanlah penggunaan minyak bayi atau baby oil sangat penting untuk memastikan kulit si manja tidak mengalami iritasi. Antara contoh penggunaan minyak bayi adalah untuk mengurut, melembabkan kulit di celahan pelapis kulit seperti ketiak atau leher serta mewangikan kulit bayi.

Sebenarnya, baby oil mengandungi 99% minyak mineral, 1% pewangi dan tiada langsung bahan kimia dicampurkan. Tidak peliklah para ibu sentiasa memastikan minyak bayi wajib ada di rumah jika mereka mempunyai anak kecil. Bagaimanapun, selain daripada digunakan untuk badan si kecil, baby oil juga dapat memberi kelebihan pada kulit orang dewasa.

Sumber: manfaat.id.co

Tanggalkan make-up

Salah satu kegunaan minyak bayi adalah anda boleh menanggalkan solekan pada wajah walaupun bahan solekan anda kalis air, sekaligus dapat mengilatkan dan menyegarkan kulit anda.

Sumber: gettyimage

Namun, seorang ahli farmasi, Azalea Ashikin menegaskan, kepada individu yang mempunyai kulit yang sensitif tidak digalakkan kerana mempunyai bahan pewangi yang mungkin akan memberi kesan buruk pada kulit.

Pengganti gel pencukur

Kepada yang sering mengalami masalah kulit seperti ruam yang meradang selepas menggunakan gel pencukur bulu, minyak bayi adalah jalan penyelesaiannya.

Sumber: IDnews

Tapi, atas nasihat Azalea, kulit yang sedang mengalami luka atau mengelupas elakkan dari mencukur kerana ia akan menimbulkan kesan yang lagi buruk.

Pelembab kulit

Baby oil bukan saja boleh melembabkan kulit bayi tapi mampu melembabkan kulit orang dewasa. Malah, Azalea berkata bukan saja memberi kelembapan pada kulit tapi dapat menganjalkan serta mengilatkan kulit kerana minyak mineral yang terdapat dalam baby oil akan menyerap ke dalam kulit.

Sumber: kulitcantik

Dia turut menegaskan jika ingin menyapu baby oil pada permukaan kulit wajah, anda harus mengenal pasti terlebih dahulu jenis kulit muka kerana pewangi yang terdapat dalam baby oil kemungkinan besar boleh merosakkan kulit wajah. Apa pun, dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan apa-apa jenama.

 

 

 

 

 

Sumber: WH

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna