Ewww! Kulit Mengelupas, Mesti Anda Tak Buat 4 Perkara Utama Ni

Kulit aku ni problem la. Badan, kaki dengan tangan kasar teruk, bersisik lepas tu mengelupas, ish”

Ramai yang beranggapan kalau kulit bermasalah berpunca daripada penggunaan produk yang salah. Mungkin betul, adakalanya ia menjadi salah satu punca kerana kulit tidak sesuai dengan sesetengah bahan kimia yang digunakan dalam sesuatu produk.

Tapi, selain daripada mencuci, menyapu lotion atau krim pada kulit, ia juga harus memerlukan penjagaan dari aspek lain. Bukan sekadar cuci dan sapu je. Tak!

Kulit mengelupas sebenarnya disebabkan kurang menerima kandungan mineral untuk proses melembapkan lapisan kulit sekaligus menyebabkan kulit terhidrasi.

Sumber: unsplash

Nak tahu bagaimana cara untuk mengelakkan kulit mengelupas? Lihat cara berikut…

Air masak

Sentiasa bawa air botol bersama. Pastikan air dalam botol adalah air masak dan pastikan bukan untuk hiasan di tangan semata. Mana tahu, botol air cantik-cantik sayang pula nak teguk guna botol tu.

Minum setiap jam

Macam kami nasihatkan pada point di atas, jangan jadikan botol air hiasan di tangan semata. Minum air setiap satu jam dan minum air jangan teguk manja. Kalau boleh, minum dalam 3 atau 4 kali teguk.

Air minuman pagi

Sebelum memulakan rutin harian, cuba biasakan meneguk air lemon. Bagi boost tenaga dengan vitamin C dan beri kesegaran pada tubuh. Barulah nampak segar dan efektif.

via GIPHY

Jenis air

Minum air masak diselangkan dengan minuman air jenis berprotein atau smoothies yang mengandungi kandungan gizi. Lagipun bukan saja untuk kulit tapi untuk pencernaan serta organ dalaman.

Nampak je mudah 4 langkah tapi bila nak melakukannya itu bukan perkara yang mudah. Mesti ada yang terlupalah disebabkan faktor kerja, tidak berasa haus atau berkeinginan merasa air manis yang lain. Ha.. Tak apa, perlahan-lahan kurangkan minuman bergula, gantikan dengan minuman kurang gula.

Saran para doktor dalam pengambilan air…

Lagipun salah seorang doktor pakar buah pinggang menasihatkan orang ramai menerusi medium media sosial untuk mengurangkan gula dalam minuman. Malah, dia turut memberi gambar rujukan untuk orang ramai berfikir tentang jumlah gula dalam setiap  jenis minuman yang berbeza. Semoga bermnafaat untuk anda!

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Euw! Kasarnya Kulit, Jom ‘Exfoliate’ Kulit Badan Dengan Scrub DIY ,

‘Smoothies’! Basahkan Tekak Dengan Gabungan 4 Jenis Buah

 

 

 

Sumber: hellosehat

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna