Euw! Kasarnya Kulit, Jom ‘Exfoliate’ Kulit Badan Dengan Scrub DIY

Selalunya kita sibuk mencari DIY untuk bahagian muka. Kurangkan minyak, buang bintik hitam, hilangkan parut jerawat, licinkan kulit wajah dan macam-macam lagi tapi jarang kita sibuk nak mencantikkan bahagian badan dan celah-celah pelipat. Sedangkan bahagian ni adalah bahagian ‘hidangan’ suami.

Bukan apa, kami lihat ramai wanita yang ambil enteng pada bahagian badan. Janganlah macam tu, kalau muka pun dijaga dengan rapi, pastikan dari atas sampai bawah pun jaga juga. Tak susah pun nak jaga kulit badan ni sebab perlu manjakan seperti muka juga cuma lagi mudah iaitu scrub dan sapu losyen.

Sumber: crowdfunder.uk

Bancuhan scrub DIY

Tak perlu beli scrub mahal-mahal pun, buat sendiri dekat rumah pun boleh. Bahan asas pun dah ada dekat dapur. Rajin dengan tidak je nak buat scrub badan DIY ni. Cuma nak cantik, kena rajin. Cara menghasilkan scrub pun mudah saja, antaranya adalah…

  1. Campurkan dua genggam kisaran kopi bersama perahan 3 sudu kecil lemon dan minyak kelapa.
  2. Gaul sehingga sebati dan sental bancuhan scrub DIY tadi ke seluruh badan anda.
  3. Kemudian, bilas dengan air. Sebaiknya air panas dan sabun seperti biasa.
  4. Lakukan seminggu sekali untuk dapatkan kulut yang mulus dan licin.

Sumber: skinnyms

Selain daripada menyental kulit ketika mandi, sebenarnya anda perlu gunakan losyen badan pada setiap awal pagi dan sebelum tidur untuk keputusan yang lebih cepat dan efisien. Nak cantik, usaha kena lebih ye, ihiks!

Pengetahuan ekstra…

Scrub kopi bukan saja dapat buang sel kulit mati badan tapi dapat menghilangkan selulit juga. Buat dengan konsisten dan niat mencantikkan diri untuk suami. InsyaAllah, hasil dia pasti berbaloi.

 Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

 Kulit Berbelang? Jom Sental Hilangkan Dengan Bahan Alami ,

 Kulit Anda Bermasalah? Jom Ketahui Cara Mengatasinya

 

 

 

Sumber: mirror.uk ,

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna