Erti Makan Banyak Tapi Kurus, Kenali Lemak Tersembunyi Dalam Organ Penting

“Makan banyak tapi badan kurus!”

Itulah kenyataan yang sering kita keluarkan apabila berhadapan dengan individu yang sebegini. Donna pasti mesti ada salah seorang daripada ramai orang yang kita kenal dalam hidup ini, mempunyai kriteria seperti ini. Sebenarnya walaupun kurus begitu, ini tidak bermakna kesihatan diri terjamin!

Sebenarnya mereka yang mempunyai selera seperti hantu raya ini mengalami gemuk dalaman. Jika diperhatikan mereka ini gemar konsumi makanan yang banyak. Sehingga berbeza dengan jumlah makanan yang kita makan. Kadang kala sampaikan dua kali ganda!

Berbeza dengan kita yang lain ini. Hanya dengan minum air masak sahaja pun kadang sudah terasa badan mula naik dan tetap juga tidak menurun. Kebanyakkan mereka yang mempunyai kriteria jenis ini pula cemburu akan si kurus ini!

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan…

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 13 August 2019

 

Sebenarnya, kita kena juga perhatikan dengan jelas. Memiliki tubuh yang kurus itu tidak menjamin kesihatan dalaman mahupun luaran dan terdapat juga bahayanya. Hal ini kerana, kebanyakkan daripada mereka ini tidak menyedari akan lemak yang terkumpul dan tersembunyi dalam organ-organ yang penting di bahagain abdomen manusia.

Keadaan ini digelar sebagai TOFI atau ‘Thin Outside, Fat Inside’.  Mengikut sumber yang berkongsikan fakta ini dengan menjawab persoalan dimana mereka yang kurus ini turut menjadi mangsa serangan penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, Penyakit Jantung dan juga Strok!

Dalam pada masa yang sama, mereka yang mengalami TOFI ini adalah individu yang tidak aktif dan cergas. Kadang kala mereka kelihatan pucat dan ditambah pula lagi dengan situasi yang memberikan tekanan negatif serta kurang tidur yang menyebabkan paras kortisol meningkat. Hal ini terus menyebabkan pengumpulan lemak di organ-organ penting akan berlaku.

via GIPHY

Selain itu, gemuk dalaman ini merupakan satu kondisi yang sukar untuk dikesan kerana lemak degil yang tersembunyi itu hanya boleh terlihat dengan imbasan MRI atau ujian darah mengesan paras kolesterol, gula dan juga fungsi organ. Silent killer!
Oleh sebab itu, ini merupakan satu kondisi yang merbahayakan! Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadi lebih bahaya apabila tubuh kekal sentiasa kurus dan langsing namun, tiada kawalan dari segi pemakanan dan tidak mengendahkan akan kesihatan diri.
Jadi, tidak kiralah badan size apa sekali pun, jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan senaman, rehat dan sebagainya memang tidak akan mampu untuk menyelamatkan diri daripada risiko penyakit kronik dan membahayakan.
Baca juga:
Sumber:Facebook.
Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna