“Erm, Siapa Tu?” Netizen Berteka-Teki Pelakon Mana Bawa Lari Isteri Orang

Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba kecoh cerita tentang seorang pelakon yang masih muda melarikan isteri orang. Apalagi, netizen pun seronoklah ada cerita nak dibawangkan walaupun baru menginjak minggu awal Syawal yang mulia.

Ceritanya bermula apabila pelakon yang baru berusia 23 tahun dan pernah membintangi beberapa drama dan filem telah mempunyai hubungan istimewa dengan isteri orang yang berumur 36 tahun.

BACA: ;Rahsia ; Para Suami Perlu Tahu Untuk Ambil Hati Isteri Yang Merajuk

“Suami wanita terbabit mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon terbabit telah berhubung malah, pelakon berusia 24 tahun itu juga cuba memperdaya dan cuba memikat wanita berkenaan untuk mendapatkan sesuatu,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff dalam satu kenyataan.

Kemuncak kejadian tersebut ialah apabila pelakon tersebut dikatakan telah membawa lari wanita berkenaan dan kemudian disedari oleh suaminya yang baru pulang pada jam 8 malam.

Pihak polis telah menahan pelakon berkenaan di Taman Sering Ukay, Ampang untuk melakukan siasatan. Dia direman selama 4 hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu kelakuan aib,” tambahnya.

BACA: Betul Ke Wanita Curang Sebab Lelaki Tak Ada Duit?

Netizen berteka-teki

Ramai juga yang masih tertanya-tanya siapalah agaknya gerangan pelakon berkenaan. Punyalah susah nak difikirkan sampai geng bawang pun give up.

Adoi, macam-macam netizen ini. Tapi teringin juga nak tahu kenapa pelakon ini bawa lari isteri orang. Yelah, mana tahu kalau isteri itu kena pukul. Kita kenalah berbaik sangka sentiasa. Tak sabar nak tunggu update seterusnya!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna