Erghh! Kenapa Pinggang Kerap Sakit Selepas Bersalin?

Apabila melalui proses kelahiran lebih daripada sekali, usia pula makin meningkat, seseorang wanita itu cenderung untuk lenguh-lenguh badan, sakit pinggang dan kebas tangan sehingga lemah badan.

Sakit pinggang selepas melahirkan anak disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan hormon relaxin yang berfungsi melonggarkan sendi dan ligamen, bertujuan agar tulang pelvis mudah dilonggar supaya jalan untuk bersalin dapat diperbesarkan. Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan selepas kelahiran. Jika kesakitan masih berterusan, cuba dapatkan bantuan daripada doktor anda.

via GIPHY

Untuk mengelak sakit pinggang dari terus menghantui anda, cuba amalkan beberapa perkara ini:

  • Sentiasa Baring Waktu dalam Pantang – Mengikut amalan orang lama, ketika berpantang anda haruslah sentiasa berbaring dan elakkan duduk dalam tempoh yang terlalu lama. Baring dan rehatlah seketika untuk kesan kesihatan berpanjangan.

Sumber Foto: Yoga Magazine

  • Kembalikan Berat Asal – Mengandung menyebabkan kenaikan berat badan. Cuba kembalikan berat badan asal supaya berat lebih stabil. Masalah sakit akan beransur hilang dengan berat yang ideal.
  • Elak Kasut Tinggi – Selepas kembali bekerja, elak memakai kasut bertumit tinggi. Ia akan membuatkan tubuh tidak menyokong kaki sepenuhnya. Berikan masa tubuh untuk kembali kepada postur asal seketika, barulah cuba mengenakan kembali kasut tinggi.
  • Jangan Bongkok Semasa Menyusu – Penyusuan dengan posisi tubuh yang betul adalah langkah mudah mengatasi masalah ini. Elakkan membongkok ketika anda menyusukan anak. Dapatkan sokongan dengan bantal yang dilapik di bawah lengan.

Sumber Foto: pexels.com

  • Rehatkan Badan – Tidur yang tidak mencukupi dek kerana terpaksa berjaga malam menyebabkan masalah sakit belakang bertambah kronik. Jika punya sedikit waktu, berehatlah dan tidurlah secukupnya.
  • Tidur Selesa – Tidurlah dalam keadaan yang lebih selesa dengan penggunaan tilam yang tidak berlekuk. Seboleh-bolehnya gunakan tilam yang tebal sebagai alas atau lapik tempat tidur serta bantal untuk sokongan tambahan.
  • Berurut Jika Perlu – Jika terlalu sakit atau lenguh keterlaluan, sebaiknya pergilah berurut sebulan sekali bagi membuang angin dalam badan juga menghilangkan rasa sakit.

Sumber Foto: pexels.com

  • Dapatkan Makanan Tambahan – Jangan kedekut untuk dapatkan makanan tambahan atau apa jua suplemen untuk dapatkan tulang yang kuat serta badan kembali cergas.

via GIPHY

  • Elak Angkat Barang Berat – Ketika tempoh ini, elak mengangkat barang yang berat. Minta bantuan daripada orang lain untuk mengangkat barang tersebut.

 

 

 

 

Sumber: healthyvitagarden

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna