Emosi Tidak Stabil Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Lebih Sensitif

“Aku peninglah banyak sangat produk yang aku beli, tapi semuanya tak menjadi. Ish, makin stres dibuatnya!”

Apa sahaja masalah berkaitan dengan kulit wajah pasti anda akan mencari jalan untuk membeli produk yang boleh menyelesaikannya. Tapi adakah ia memberi jaminan dan memberi kesan bagus pada kulit wajah anda? Seperti yang anda tahu kulit wajah manusia mempunyai pelbagai bahan termasuklah kolagen semula jadi.

Ia bukan sahaja bertindak untuk memberi kelembapan pada kulit malah membuatkan kulit wajah anjal secara semula jadi. Tapi lain ceritanya pula bila umur semakin meningkat, kolagen dalam kulit anda semakin berkurangan sehingga ia menampakkan kedutan di bahagian muka yang membuatkan anda berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Image result for kedutan di muka

Sumber: baituljannah

Kedutan Dan Garis Halus Mula Terbentuk

Penting untuk anda tahu bahawa emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, kerana ia memberi gambaran langsung kepada kulit wajah anda sekiranya anda sentiasa berada dalam keadaan stres, marah dan kemurungan. Apabila emosi negatif terkumpul dalam tubuh badan tindak balas kimia menjadikan kulit wajah anda lebih sensitf dan mudah radang. Wajah sedih dan murung akan menyebabkan kedutan dan garis halus terbentuk pada wajah dan mempercepatkan proses penuaan.

Waktu Tidur Tidak Mencukupi

Bukan itu sahaja, waktu tidur yang tidak mencukupi boleh meningkatkan kedutan di wajah. Bagi para wanita yang bekerjaya dan juga seorang suri rumah anda perlu tahu bahawa kulit membaiki dengan sendiri ketika waktu tidur. Apabila tidak mencukupi tidur proses baik pulih tidak berjalan dengan lancar dan menjadikan kulit muka mudah kendur, wajah kusam dan sembap .

Jadi penting untuk anda memberi masa yang cukup untuk tidur dan lakukan jadual harian agar anda boleh mengatur masa dengan baik. Ha, nak lebih baik, tidurlah dalam posisi terlentang daripada mengiring untuk mengurangkan kedutan di wajah. Dalam masa yang sama, kawal emosi dan sentiasa berada dengan rakan-rakan yang positif. Bila anda ceria dan tenang, maka terserlah kecantikan di wajah secara semula jadi. Mudah kan?

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Ambil Gambar, Upload dan Jual Wah Senangnya Buat Duit Di Pasar Online

 

 

 

 

Sumber : prohafiz 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna