Emma Maembong Minta Maaf Kerana Hijab ‘Terbang’ Bila Di Luar Negara

Pelakon Emma Maembong memohon maaf dan mengakui kecuaiannya apabila gambar mesranya tanpa tudung bersama seorang jejaka tular di media sosial. Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, mengakui, semua itu berpunca daripada dirinya yang lalai dan berharap peminat bersedia memaafkan kesilapannya.

Sumber: K Online

“Memang salah saya, bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa. Jangan salahkan mereka atas kelalaian saya. Terima kasih kepada semua yang menasihati saya. Kepada yang marah, kecewa atau sedih, saya minta maaf.

“Walaupun ramai yang cakap, minta maaf kepada Allah, saya tetap mahu memohon maaf sesama manusia. Saya tidak sempat membalas komen satu persatu kerana terlalu banyak,” katanya.

Dalam catatan ringkas yang dimuat naik di laman Instagramnya, sebentar tadi, Emma turut berterima kasih kepada peminat yang masih setia menyokong dan positif dengan apa yang dilaluinya.

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna