Ella Pujuk Suami Untuk Duet Bersama Di Ella Unplugged Live in KL

Lebih 3 dekad nama penyanyi Ratu Rock tanah air iaitu Ella atau nama sebenar Nor Zila binti Aminuddin yang berjaya meluaskan sayapnya dalam bidang industri dan sehingga kini, tiada siapa boleh menandingi bakatnya apatah lagi suara beliau yang seakan tidak makan dek usia, masih mantap. Sangat hebat!

Kepada peminat tegar Ella di seluruh Malaysia, pasti ternanti-nanti kemunculannya selepas bertahun lamanya beliau mendiamkan diri dalam bidang nyanyian. Bagi menghargai peminat setia beliau, Projek Ella Sdn Bhd selaku pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menganjurkan konsert Ella Unplugged Live In KL.

Namun, apabila ditanya apakah kelainan yang dibawakan pada konsertnya kali ini, beliau menjawab,

“Kami akan bawakan konsep akustik dan akan mempersembahkan 3 buah segmen istimewa iaitu segmen Peace, Love dan Rindu. Setiap segmen ada kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Selain itu, saya sedang proses memujuk suami saya untuk membuat persembahan di atas pentas untuk berduet dengan saya tapi dia enggan. Kalau ada rezeki nanti, tiba-tiba termakan pujuk saya. Kemungkinan besar peminat setia saya dapat melihat persembahan kami berdua,” katanya sambil ketawa manja.

Tidak cukup dengan itu, konsert Ella Unplugged Live In KL yang bakal berlangsung selama 3 hari berturut-turut pada hujung bulan Mac ini akan dimainkan oleh 200 pemuzik yang terdiri dari pihak ASWARA dan gagasan muzik Kitalah Bintang yang dipandu oleh RITZ selaku Pengarah Muzik.

“Sebenarnya kami bersetuju untuk win-win-situation kerana 200 pemuzik  yang bantu menjayakan konsert saya ini akan mendapat nama dan bakat yang mereka peroleh hasil dari persembahan akan dipandang tinggi. Lagipun, kalau bukan artis negara, siapa lagi yang dapat bantu naikkan nama mereka.”

Jadi, kepada peminat Ella pastikan anda sudah membeli tiket Ella Unplugged Live In KL melalui website www.proticket.com.my yang mempunyai 6 harga yang berbeza iaitu RM179, RM189, RM209, RM289, RM419 dan tiket Meet & Greet RM519. Jangan lepaskan peluang, selagi tiket masih ada!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna