Elak Terbeli Telur Busuk & Rosak

Amalan memakan telur ayam adalah baik untuk diet harian kerana banyak khasiatnya.”

Telur ayam merupakan sumber makanan menyihatkan selain cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya. Permintaannya setiap hari sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi dan bebas daripada bahan kimia.

Sumber Foto: pexels.com

Namun pasti hari anda agak murung jika menu telur yang ingin disiapkan setelah dipecahkan hasilnya rosak. Jika hanya rosak sahaja boleh cepat-cepat baling dalam tong sampah, tetapi kalau telur tersebut mengeluarkan bau busuk rasa seperti nak mengamuk seharian. Oleh itu, pastikan ilmu penuh di dada ketika membeli telur ayam di pasaran. Buat pilihan yang betul agar tidak terbeli telur yang rosak. Begitu juga sebelum memecahkan telur untuk dimasak, anda perlu tahu telur tersebut masih elok atau sudah rosak. Untuk memilih telur yang terbaik, anda harus guna pakai cara ini:

 

Cara Pilih Telur Di Pasaran

  • Lihat Kulit Telur – Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung. Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.

Sumber Foto: pexels.com

  • Butir Telur Digoncang – Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan terlebih dahulu. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya. Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik. Telur putih yang sudah rosak tidak dapat bersama kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.

 

Cara Pilih Telur Sebelum Di Masak

  • Rendam Dalam Air – Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan? Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan tenggelam sepenuhnya, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget. Telur yang tersimpan lebih kurang 2 hingga 3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak.

Sumber Foto: pexels.com

  • Lihat Kuning Telur – Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik. Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.

 

Tip: Rahsia untuk telur tahan lama anda perlu terus simpan telur yang dibeli ke dalam peti sejuk. Tidak perlu membasuh kulitnya terlebih dahulu sebelum menyimpan. Jika ingin gunakan telur tersebut baru anda bersihkan kulitnya dengan air bersih.

 

Sumber: bacaterus.com

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna