Elak Tengking & Cubit! Cuba Cara Ni Bila Anak Tantrum

Tantrum adalah keadaan si kecil menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang, berkelakuan ganas, berguling-guling di lantai dan kadang-kala menahan nafas mereka akibat rasa kecewa kerana gagal mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan, alahai anak…

Tipulah jika si kecil tak pernah tantrum. Menurut portal MyHealth, tantrum berlaku pada usia mereka lebih kurang dua tahun kerana pada usia ini mereka tidak mempunyai kemahiran untuk meluahkan perasaan marah dan kecewa.

via GIPHY

Tantrum perkara biasa…

Tidak dapat nafikan ramai ibu bapa jadi serabut bila nampak orang sekeliling mula geleng kepala dan pandang serong tanda kita tak pandai jaga anak. Waktu tu mulalah kita bertindak mencubit, memukul atau memarahi mereka di depan orang ramai. Kononnya cara itu dapat meredakan keadaan dan didikan terbaik tapi sebaliknya.

Sebenarnya, inilah masanya ibu bapa mengambil peluang mempraktikkan didikan yang sepatutnya untuk mendidikan si manja menjadi seorang yang tahu cara mengendalikan perasaan kekecewaan dan kemarahan.

Tip yang kami kongsikan ini adalah dari perkongsian dari seorang penulis buku kanak-kanak Adlil Rajiah. Beliau telah menerbitkan 3 buah buku dan kesemuanya tentang didikan ibu bapa terhadap anak-anak.

Sumber: facebook

Apa nak buat?

Menurutnya, ada 4 cara utama untuk mengawal emosi anak bila mereka tantrum. Antaranya adalah lumpuhkan senjata, asignkan anak, jangan pukul dan terangkan.

Nampak senang tapi perlukan kudrat emosi dan fizikal…

Memang bila kita baca dan hadam kesemua tip yang diberikan ini agak mudah tapi percayalah bila kita berdepan dengan anak tantrum, sebenarnya bukan satu perkara mudah.

Paling penting, bila mendidik anak ni kita perlu sabar dan sentiasa beri perhatian penuh pada mereka supaya hubungan anak dan kita jadi lebih rapat sekaligus mudah mereka mendengar kata.

Pesanan ringkas dari Adlil Rajiah adalah anak tak perlukan nasihat tapi mereka perlukan contoh.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Rupanya ‘Trick’ Yana Samsudin Bila Anak Tantrum..

Kes Remaja Autisme Dituduh Mencabul. Masyarakat Malaysia Masih Mundur?

 

 

 

 

 

Sumber: myhealthfacebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna