Elak Penyakit Anemia, Jom Amalkan Makan Kerang Rebus

Pernah tak anda terdengar penyakit kurang darah merah? Yang sebenarnya, masalah kekurangan sel darah merah dikenali sebagai anemia mampu membuatkan anda berasa pening kepala, cepat berasa sejuk dan muka anda akan kelihatan pucat.

Kebiasaanya, penyakit ini sering terjadi pada ibu hamil dan ia boleh memberi kesan buruk pada si ibu dan juga kandungan di mana bayi akan lahir dalam keadaan pra matang serta menjejaskan perkembangan bayi semasa dalam kandungan.

Related image

Sumber: sajiansedap

Siapa je yang tak suka makan seafood kan? Tapi tahukah anda, kerang yang anda sering makan mengandungi nutrisi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan antaranya adalah menambahkan sel darah merah.

Related image

Sumber: tonyrestaurant

Bukan setakat kerang rebus, pelbagai lagi menu yang anda boleh buat dengan menambahkan kerang dalam juadah harian anda. Takdela bosan asyik lauk yang sama je setiap hari. Sebenarnya, kerang mempunyai kandungan zat besi yang membentuk hemoglobin iaitu protein yang bertindak untuk bawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh badan anda.

Related image

Sumber: news havard

Awas pada siapa yang mempunyai alergi! Mungkin ada di antara anda yang ada alahan pada makanan laut jadi sebelum gatal-gatal dan ruam baik anda berhenti makan dan terus segera makan ubat alergi. Diingatkan juga, elakkan untuk makan kerang mentah, sebaiknya rebus selama lima minit atau dikukus. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: hellosehat

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna