Elak Pemusnah Rumah Tangga, Ini Cara Pikat Hati Suami

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan rumah tangga mereka kekal sehingga hujung nyawa. Tiada siapa yang boleh jangka dan pasti bahawa pasangan anda adalah jodoh anda untuk selamanya. Munculnya orang ketiga dalam rumah tangga sering dianggap perampas kebahagian dan dipandang rendah. Pasti tidak semua wanita yang mampu untuk hidup bersama dengan madu dan berkongsi kasih.

Cuba anda mengubah sudut pandangan untuk melihat mengapa terjadinya atau wujud orang ketiga mungkin ia disebabkan kesilapan pada seorang isteri yang kadangkala terlepas pandang masalah yang berlaku dalam perhubungan. Bukan sahaja wanita yang sukakan perhatian tetapi seorang suami juga perlu kasih sayang dan perhatian daripada seorang isteri.

Meluangkan masa bersama suami adalah perkara paling penting dalam sesebuah rumah tangga. Anda seharusnya peka dengan situasi yang berlaku apabila suami anda pulang ke rumah. Elakkan untuk bertanya tentang perkara yang remeh kerana hal ini akan mengundang kepada rasa tidak selesa kepada suami. Seharian penat bekerja pasti emosi  suami akan sedikit terganggu, jadi jangan pula membebel sejurus suami pulang ke rumah!

 

Lumrah lelaki pasti suka melihat wanita cantik. Jadi persiapan diri amat penting untuk anda jaga walaupun ketika berada di rumah. Pakailah pakaian yang kemas dan menarik untuk menyambut suami ketika pulang ke rumah. Bak kata pepatah  biar sedap mata memandang, haa jadi jangan lupa ikut tips Donna ye!

 

 

 

 

 

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna