Elak Lelaki Gatal Dengan Cara Ini!

Aduhai! tak sukanya nak masuk office harini, ramai betul lelaki gatal dekat office. Hari-hari kena kacau! Rimas betullah!”

Biasalah kalau bergelar seorang wanita, mesti ada lelaki kacau. Lebih-lebih lagi jika wanita tersebut pandai bergaya, cantik dan comel! Selalu golongan inilah yang akan dapat perhatian daripada golongan lelaki.

Ha.. kalau tidak bergaya, penampilan akan kelihatan pucat, lesu, tidak bersemangat nak hidup pulak! Susah bukan jadi perempuan? Jadi, untuk menggunakan cara lain selain dari tidak bergaya, ada beberapa langkah lagi untuk menghindarikan diri dari lelaki gatal dan bermanis mulut.

Sumber: wom

Antara langkah yang perlu diambil untuk menghindarkan diri daripada lelaki gatal adalah memakai cincin tanda sudah berpunya. Kalau belum berpunya sekali pun, tak apa! Pakai je apa-apa cincin yang kononnya itu adalah pemberian daripada kekasih hati dan kalau yang sudah berpunya, rajin-rajinkan la ye pakai cincin tanda sudah dimiliki. Ini kerana, lelaki asia yang gatal ni jarang sekali ingin mencuba nasib atau mengorat perempuan yang sudah dipetik oleh kumbang dan pastikan pakai cincin di jari yang betul ye!

Yang sebenarnya boleh sahaja untuk kelihatan bergaya dan ingin kelihatan cantik, tapi kenalah mengikuti panduan yang betul. Yang bergama Islam haruslah bergaya mengikut panduan islam dengan menutup aurat dengan betul seperti memakai pakaian longgar serta melabuhkan tudung dibahagian dada. Lagipun, percayalah! kalau anda tutup aurat dengan betul, peluang untuk lelaki mengorat adalah kurang dari 5% je! Kan dah selamat tu!

Sumber: trendbajumuslim

Seterusnya, jangan mudah melayan lelaki kerana mereka ini sememangnya golongan yang kuat perasan! Selain mudah perasan, mereka ini juga mudah menilai. Contoh di mana situasi ini. Lelaki A buat bunyi “Suwiiittt Suwiiiit” pada perempuan A dan kemudian, perempuan A pandang dan senyum walaupun perempuan A senyum tak berapa nak ikhlas atau keterpaksaan. Tapi, bila sekali dah anda memberi respon, pasti lelaki A boleh anggap perempuan A mudah untuk dibawa ‘main’.

Malah, air muka juga bermain dengan orang sekeliling. Kalau anda mengeluarkan riak wajah yang mudah didekati atau ramah, pasti lelaki gatal fikir anda adalah wanita yang mudah untuk didekati. Tapi kalau wajah anda sombong, ketat atau garang, pasti ramai lelaki tak berani nak datang dekat. Ya, senyum itu satu sedekah! Tapi kalau dah memudaratkan,  tak perlu nak senyum dengan semua orang. Tundukkan pandangan lebih bagus.
Akhir sekali, pergaulan. Ini adalah perkara paling penting sekali untuk elak dari lelaki gatal. Bayangkan! Kalau anda bergaul tanpa mengawal batas, pasti lelaki akan fikir anda kalangan wanita yang mudah untuk dipegang-pegang. Tapi, mesti korang akan fikir, “ala nanti ada pulak lelaki kata aku ni jenis tak easy going” ,tapi anda ada terfikir pula mana tahap maruah anda? Lagipun

Jadi, anda sebagai wanita harus tahu menjaga segala aspek tidak kira cara pemakaian dan pemakaian untuk lebih berhati-hati dah jauh daripada segala perkara yang akan mendatangkan musibah.

 

Sumber : Jarum Panas

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna