Elak Jadi Seperti Emma, Pakar Tunjuk Rupa Sebenar Bila Terlalu Lama Kerja Di Pejabat

2020 adalah zaman millennial atau disebut juga generasi Y. Zaman yang maju dari segi perubatan, teknologi, penyelidikan, pendidikan dan bermacam lagi.

Kesan dari itu juga, kebanyakan pekerjaan pasti akan melibatkan kawasan di dalam pejabat dan memerlukan 9 jam sehari atau lebih untuk individu duduk di hadapan laptop sehingga sakit sendi badan kita.

Tahukah anda jika seorang wanita terlalu kuat sangat berkerja akan timbul kesan buruk? Terutama sekali pada wanita yang bekerja di pejabat.

via GIPHY

Kajian di Kanada membuktikan…

Perkara ini dibuktikan dalam satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Kanada pada tahun 2019.  Mereka telah mencipta satu patung yang dinamakan Emma.

Patung tersebut dicipta keadaan bentuk tubuh badan selepas bekerja di pejabat selama 20 tahun tanpa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Keadaan patung tu sangat pelik dan menakutkan ye guys!

Sumber: dailystomer

Amal makanan sihat je tak cukup…

“Mungkin ada yang mengatakan cukup makan makanan yang sihat dan itu dapat membantu tubuh badan dalam keadaan baik tapi sebenarnya, rutin hidup main peranan besar. Jika anda bekerja dalam keadaan teruk, badan anda secara arutomatik akan menunjukkan keadaan yang teruk.

Paling penting kena seimbangkan semua perkara. Bersenam, amal makanan sihat, bersosial, cari masa enjoy dengan kawan atau beri masa untuk berehat dengan cukup. Jika anda gagal, keadaan tubuh anda boleh jadi seperti Emma,” jelasnya ketika menerangkan patung yang ditunjukkan.

Sumber: dailystormer

Kesan badan jika terlalu lama sangat bekerja…

Antara kesan tubuh bila anda kerja lama di pejabat lebih dari 9 jam selama 20 tahun berturut-turut, tubuh anda akan bertukar jadi membengkok, ekzema, mata merah, kulit pucat, perut buncit dan banyak lagi.

Rujuk rajah di bawah antara kesan pada tubuh. Teruk kan?

Kalau tak nak badan anda kelihatan macam Emma, elak jadi seperti Emma. Kita perlu pandai bahagikan masa dan kehidupan kita.

Jangan nanti bila dah capai umut 40 an, kita menyesal kerana waktu-waktu kita ada semasa muda dahulu dihabiskan hanya di pejabat.

Semoga kita jadi wanita bekerjaya yang bijak!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ambil Tahu Makanan Yang Perlu Diambil Bila Mengandung

Cari ‘Me Time’..” Nana Mahazan Kongsi Cara Kurangkan Stres

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: thesun

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna