Elak Cubit, Tengking & Pukul, Doktor Ini Kongsi Cara Tegur Bila Anak Buat Salah

Hey! Aku cubit kau kang. Aku kata jangan buat, janganlah buat. Nak aku naik suara baru takut ke?”

Biasa tak kita dengar mak ayah marah-mrah anak mereka? Kadang-kala tu, terus cubit dan pukul depan khalayak orang tanpa memberi amaran. Bila anak menangis, mula kita tengking dan marah mereka suruh diam hm, salah siapa ni bila anak enggan mendengar kata?

Mungkin ada yang berpendapat dengan kaedah macam tu. Kononnya kalau tak dididik dengan cara pukul, cubit dan tinggikan suara mereka akan ulang kesilapan yang sama. Hakikatnya, kalau lihat dari segi didikan secara psikologi cara itu salah sama sekali kerana akan beri kesan kepada mental kanak-kanak yang baru nak membesar dan meneroka benda baru.

Sumber: FMT

Itu yang kadang-kadang kita lihat ada sesetengah kanak-kanak ada yang bijak, pasif, aktif, mendengar kata, agresif atau suka melawan. Ini kerana ia bergantung bagaimana cara ibu bapa mereka mencorakkan.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda cara salah seorang doktor dari Hospital UMRA Shah Alam, Dr Afida Sohan menegur anaknya bila mereka melakukan kealahan. Tindakan ini agak lembut tapi beri kesan yang besar.

Beliau mengatakan, dia akan panggil dan pegang tangan anaknya. Kemudian lihat ke dalam mata mereka dan tanya apa kesalahan yang mereka dah buat. Bila mereka tak tahu, terangkan dan adakan sedikit perbincangan ringkas untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa tindakan mereka salah.

Bila mereka sudah memahami, mengaku kesilapan dan berjanji tak kan buat lagi, jangan menghukum lagi tapi berikan mereka pelukan kasih sayang serta luahkan rasa sayang anda pada mereka.

Ya, nampak mudah tapi kalau tak ada kesabaran yang tinggi memang boleh naik tangan dekat anak tapi cuba belajar sabar. Anak ni amanah Allah, cuba berikan didikan sebaik yang mungkin. Untung-untung berjaya didik anak soleh dan solehah, di akhirat kelak mungkin kita akan selamat disebabkan doa dari mereka.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kajian Membuktikan Kesihatan Mental Anak-Anak Lebih Terjamin Jika Ada Adik-Beradik

Jangan Main Suka-Suka Je Pukul Anak! Baca Ni Kalau Tak Nak Menyesal

 

 

 

 

Sumber: twitter Dr. Afida

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna