Elak Bawa Banyak Barang Masa Travel! Ini Senarai Semak Yang Wajib Bawa

Macam sikit je barang aku ni, apa lagi ek nak kena bawa?”

Melancong mungkin menjadi satu perkara yang biasa bagi wanita yang bekerjaya. Terutama sekali yang sudah mempunyai ekonomi yang kukuh dan masih belum mendirikan rumah tangga. Jadi, mereka akan pergi ke mana saja jika mempunyai cuti yang panjang.

Sumber: pexels

Namun, setiap kali travel, masalah barang terlebih muatan pasti akan berlaku. Yela, kalau boleh dengan almari baju nak diangkutnya kan..hiks! Nanti, anda sendiri yang menyesal kerana terpaksa membawa beg yang banyak dan berat.

Jadi, ruangan artikel kali ini akan membantu wanita di luar sana yang memerlukan senarai semak untuk barangan keperluan untuk travel. Ha, tidak perlu lagi nak pening kepala dan mengambil masa yang lama untuk kemaskan barang.

Antara barang yang wajib anda bawa adalah…

1. Pasport dan kad pengenalan

Jika anda ingin melancong ke luar negara, perkara pertama yang anda perlu ambil tahu adalah pasport dan kad pengenalan. Pastikan dua kepingan kad ini bersama anda sebelum anda mengunci pintu rumah. Kalau tertinggal, habislah semua benda sangkut! Tak dapatlah nak melancong.

Sumber: pexels

2. Wayar USB dan universal travel adapter

Wayar USB dan travel adapter adalah barang yang penting dan perlu dibawa kalau ke negara luar lebih-lebih lagi negara yang menggunakan soket yang berbeza dengan negara kita. Sangatlah suatu kecuaian kalau tertinggal universal travel adapter ini. Iyalah, nak pergi ke negara orang bukan sehari dua, tetapi berminggu-minggu.

3. Powerbank

Kalau anda sentiasa mengemaskini segala gambar di laman media sosial, ia pasti akan menggunakan kuasa bateri yang banyak. Lebih-lebih lagi yang gemar memuatnaik Insta Story, powerbank lah penyelamat. Jadi, untuk mengekalkan kelangsungan bateri telefon bimbit anda, powerbank amatlah wajib dibawa bersama.

Sumber: power pack

4. Kamera

Jarang kaki melancong tidak mempunyai kamera DSLR, GoPro atau kamera khas untuk menangkap gambar pemandangan ketika berada di luar negara. Percayalah, telefon mudah alih anda tidak akan mencukupi menampung kepingan gambar yang anda tangkap. Perempuan kan! Mana boleh kalau tak bergambar.

Namun, jika anda seorang yang tidak gemar bergambar, kamera di handphone sudah mencukupi.

Sumber: pexels

 

5. Money Belt

Tahap keselamatan di negara orang sukar diramal. Apa yang pasti ia tidak sama dengan negara sendiri. Jadi, untuk mengambil langkah berhati-hati, tidak perlu membawa barang yang banyak ketika bersiar-siar, cukup hanya membawa jumlah duit yang mencukupi, telefon, powerbank dan juga wayar USB.

Sumber: simply for travel

Itulah antara barang yang anda wajib bawa selain daripada pakaian. Walau bagaimanapu, jika anda jenis yang teliti, anda boleh membawa barang persendirian anda seperti barangan mandian, ubat seperti pam asma atau alahan dan juga losyen bagi yang kulit bermasalah.

 

Sumber: rileklah , tips packing cepat

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna