Ehem! Kalau Nak Lagi ‘Best’ Ajak Suami Berasmara Pada Waktu Pagi

Asal nak bersama je mesti pada waktu malam, ish tak bosan ke? Bukannya apa, masing-masing dah penat bekerja lepas tu kena pula melayan lagi pasangan. Kadang-kala ramai pasangan memiliki kesukaran untuk bersama selepas memiliki cahaya mata. Masa padat diisi dengan mengurus anak, keluarga dan hal di rumah.

Tapi pernah tak anda dengar bahawa melakukan hubungan intim pada waktu pagi adalah waktu paling terbaik untuk anda bersama pasangan? Opps, kalau nak tahu sebab apa, kena lah tengok perkongsian di bawah. Jangan lupa ajak hubby baca bersama okay! .

Image result for seks on morning

Sumber : lelakisihat 

Suami Sudah ‘Sedia’ Bangun Pada Waktu Pagi

Menurut Dr Arlene Goldman, seorang pakar terapi menyatakan bahawa kebanyakan suami kebiasaanya berasa paling ghairah pada waktu pagi. Ini kerana hormon testosterone mereka meningkat secara tidak langsung walaupun tiada rangsangan yang dilakukan. Tambah lagi masing-masing dah cukup tenaga kerana dapat tidur yang lena, jadi makin bertenaga lah nanti!

Jangan lupa gosok gigi dahulu sebelum beraksi.

Suami Lebih Berkeyakinan

Seorang pakar hubungan intim, Martha Lee menyatakan lelaki lebih kurang rasa cemas dan lebih berkeyakinan ketika waktu pagi berbanding malam.

Related image

Sumber : lifestyle

Bakar Lemak

Malas bangun pagi untuk bersenam? Lah tak perlu susah-susah, ajak je pasangan bersama pada waktu pagi mudah kan. Ini kerana sebuah kajian mendapati aktiviti intim di atas katil mampu membakar hampir 4.2 kalori setiap minit untuk para lelaki dan 3.1 bagi wanita. Tengah berseronok berasmara tu, secara tidak langsung berat badan pun boleh turun.

Kulit Lebih Sihat Dan Awet Muda

Pernah dengar tak orang kata kalau kerap berasmara nanti kulit anda akan jadi lebih cantik dan glowing? Okay itu bukan mitos ye tapi fakta kerana aktiviti seksual mampu mengeluarkan hormon estrogen yang baik untuk kulit muka. Untuk wanita di luar sana, ini mungkin boleh jadi rahsia senjata anda agar kekal awet muda.

Kurang Stres

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Proceedings of the National of Science mendedahkan kenyataan bahawa melakukan seks di pagi hari mampu mengurangkan stres dan tekanan kepada pasangan.

Sekarang dah nampak kan banyak manfaat untuk bersama dengan pasangan pada waktu pagi. Badan tak penat, hati pun lebih tenang. Jadi jangan lupa untuk bangun esok pagi anda dah mulakan langkah pertama hiks!

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

 Zakar Suami Bersaiz Kecil? Tak Perlu Bimbang Jom Pelajari Posisi Bersama Yang Tepat Lagi Sedap

 

 

 

 

Sumber : theasianparent

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna