Eh Selamat Ke Bayi Bermain Dengan Kucing?

Bulu yang lembut tambah pula dengan gelagatnya yang manja, haa cuba teka haiwan peliharaan apa tu? Bagi pencinta haiwan pasti suka apabila kucing anda bermanja-manja sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Hilang stres! Anda semua mungkin sering dengar apabila terdapat beberapa info yang mengatakan bahawa kucing tidak boleh dekat dengan ibu hamil atau bayi. Eh betul ke? Jom Donna kongsikan pencerahan yang sebenar.

Related image

Sumber: fanpop

Jangan risau buat para ibu, kerana memelihara kucing di rumah tiada masalah dan selamat. Kalau anda nak tahu kucing banyak tau memberi manfaat kepada anda dan keluarga kerana ia boleh menghilangkan tekanan dan mengurangkan rasa sedih anda.

Related image

Sumber: romper

Walaupun kucing sejenis haiwan yang manja, anda sebagai ibu masih perlu hati-hati apabila bayi tidur bersama kucing di bawah pengawasan anda kerana takut apabila kebarangkalian kucing tersebut menutup wajah bayi. Bukan itu sahaja, pastikan kuku kucing dipotong dan bersih untuk mengelakkan daripada bayi anda terkena jangkitan atau sebarang masalah iritasi pada kulit. Kadang-kadang kucing ni ada mood jugak tau, jika kucing anda bertindak atau bermain secara agresif pisahkan kucing dan bayi anda ke tempat yang lebih selamat.

Image result for cat smell in house

Sumber: clean

Perasan tak kucing anda suka bau atau menghidu sesuatu benda? Jadi elakkan untuk memberi bedak atau wangian pada kucing kerana ia berisiko untuk membuat bayi anda mengalami alergi. Jika berlaku sesuatu perkara, jangan terus menyalahkan kucing anda, kesian mereka. Ubah tanggapan anda dan pastikan anda menitikberatkan tentang segala langkah penjagaan kucing dan bayi. Harap perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan keluarga.

 

 

 

 

 

Sumber: asean

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna