Eh Dah Kawin Pun Masih Ada Hati Pandang Yang Lain! Jaga-Jaga Kaum Wanita

” Kesetiaan penting untuk memastikan hubungan rumahtangga berkekalan”

Bercakap sahaja tentang kesetiaan, mungkin ia bukanlah sesuatu topik yang mudah untuk dibicarakan. Pada zaman kini terlalu banyak kes curang, ada yang lakukannya ketika isteri sedang hamil dan lagi teruk suami berpaling tadah sewaktu isteri sedang berpantang. Semakin hari, semakin meningkat kes penceraian dan salah satu faktor paling terkenal adalah disebabkan curang.

Kalau kita dapat imbas semula, pelakon yang comel Nora Danish dan Jejai bercerai sewaktu mengandung anak sulungnya dan berkahwin dengan Fasha Sandha. Tidak lupa kes, Kak Lina Pon Pon iaitu Elly Mazlein dan azmi yang penuh kontroversi tentang rumah tangga mereka dimana tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah diabaikan sehingga tercetusnya peleraian antara mereka.

Sebagai seorang isteri mungkin anda tidak sedar tentang perlakuan suami di belakang anda, dan mungkin ini sebab mengapa masih ada lelaki yang rasa ingin curang dan pandang yang lain walaupun sudah berkahwin!

Image result for man flirt

Sumber: pride

Sekadar Suka-Suka !

Ala I bukannya serious pun dengan dia! Wahai kaum Hawa sememangnya anda tahu ego lelaki tinggi macam gunung, haa kadang-kadang mereka cuba untuk pandang yang lain disebabkan untuk menguji sejauh mana isteri sayang suami. Bila dah curang, sampai lupa diri yang mereka sudah berstatus ‘suami orang’.

Rasa Masih Muda Dan Menarik

Usia bukan penghalang untuk lelaki curang, anda perlu tahu ada sesetengah lelaki berasa diri mereka menarik dan muda. Jadi hati-hati dan sentiasa peka dengan perubahahan pasangan. Berdasarkan kajian saintifik Frontier in Psychology menyatakan bahawa lelaki yang kaya dan berduit akan lebih kerap merasakan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.

Image result for man flirt

Sumber: craft 

Ala Tak Salah Pun Sekali Sekala Curang

Curang tidak salah di mata lelaki, selagi ia tidak melibatkan hubungan intim. Tapi kalau dah sekali terlanjur, memang punah segalanya! Walaupun ia bermula dengan hanya sekadar untuk bertanyakan khabar tetapi jaga-jaga ia akan semakin teruk dan berlanjutan jika dibiarkan lama-lama.

Bosan Dengan Pasangan

Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan sifat manja dan mengada-mengada tapi kalau berlebihan mungkin suami anda akan mudah bosan dan malas untuk melayan. Bila ada masalah mereka lebih memilih untuk protes tanpa berbincang dan lelaki yang suka mencari keseronokan akan lebih cenderung untuk curang.

Selain di atas, cinta lama berputik pun boleh jadi punca utama mengapa suami anda curang. Jadi hati-hati buat para isteri di luar sana, kepercayaan dan kesetiaan terhadap pasangan penting dan jangan dimusnahkan semata-mata dapat berjumpa dengan orang baru.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Oh No! Jangan Pakai Tangkap Muat Je Kalau Pergi Kenduri Kahwin

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna