Eeuw! Sikap Ini Buat Ramai Wanita Nampak Hodoh

Muka dah cantik rupawan, badan langsing dan tinggi lampai tetapi perangai menjelikkan pun tak guna juga. Untuk jadi cantik luaran memang senang dan mudah, pakai sahaja alat solek atau gayakan pelbagai pakaian menarik, ‘ting!’ terus bertukar macam model terkenal. Tetapi itu hanya dapat tutup cela luaran anda sahaja. Bagaimana pula dengan peribadi anda? Anda perlu ingat, cantik itu bukan sahaja pada paras rupa tetapi keseluruhan diri termasuk hati, budi dan perangai. Adab dan sikap terpuji itu sebenarnya kecantikkan paling tinggi sekali kedudukannya kemudian baru rupa paras dan bentuk badan. Semakin hari, usia muda semakin meninggalkan kita, oleh itu terus kekalkan kecantikan itu agar anda akan diingati sampai bila-bila. Jangan pula nanti ada yang cakap-cakap belakang seperti ‘muka sahaja cantik, tetapi hati busuk!’ atau ‘dah la tak cantik dan tua, perangai pun buruk!’. Cuba semak ini, jika ada perangai ini berkaitan anda, boleh la cuba ubah ya.

  • Tiada Rasa Hormat

Ada setengah wanita nama sahaja ada kerjaya dan pangkat yang tinggi, tetapi tidak mahu menghormati kedua ibu bapa atau mertuanya. Tanpa segan silu naik suara dan memarahi kedua ibu bapa yang sudah tua di hadapan orang lain. Lebih menyedihkan, ada yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka yang uzur lalu terus menghantar ke pusat penjagaan warga emas. Mereka layak digelar si tanggang!

  • Terlalu Bangga Diri

Sumber Foto: Google Image

Tidak salah untuk berbangga dengan diri anda dek kerana kehebatan atau kesempurnaan diri. Tetapi jangan over sampai angkat bakul sendiri atau mengecilkan kebolehan orang lain yang tidak sehebat anda. Memang anda terus nampak buruk!

  • Baran Tak Kena Gaya

via GIPHY

Wanita memang terkenal dengan sikap baran dan emosi yang berubah. Ini adalah perkara biasa kerana hormon yang tidak menentu. Tetapi itu tidak bermakna anda dibenarkan untuk menjadi seorang pemarah setiap masa dan waktu.  Individu yang mudah marah dan cepat kecil hati adalah individu yang tidak digemari untuk dijadikan sahabat. Jadi ubah sikap ini jika mahu ramai kawan menyenangi sikap anda.

  • Kuat Merajuk

Kuat merajuk kononnya tanda wanita itu sangat manja. Boleh nak merajuk, tetapi berpada dan kena pada tempatnya. Bukannya hanya sebab tidak diundang makan di rumah kenalan bersama teman-teman lain, anda merajuk sehingga berbulan-bulan tidak mahu bertegur sapa dengan mereka. Perkara itu menjengkelkan lebih-lebih lagi apabila usia makin meningkat. Percayalah! Silap hari bulan, orang sudah malas hendak layan perangai kuat merajuk anda.

  • Kasar & Penindas

Ada wanita yang kasar sehingga menyakitkan perasaan dan tubuh badan orang lain. Tanpa segan silu gemar menjerit-jerit memalukan orang lain hanya kerana satu kesilapan kecil. Agak melampau kan? Lebih buruk ada yang membahayakan nyawa orang lain seperti memukul dan mendera fizikal. Jika anda tergolong dalam wanita yang bersikap sebegini, tolong ubah perangai dengan segera. Silap hari bulan, ada yang melaporkan kepada pihak berkuasa, maka bermalamlah anda di dalam penjara.

  • Kedekut Teruk

Sumber Foto: Google Image

Kalau ada orang nak belanja makan, dia adalah individu paling beriya memesan menu yang paling mahal. Tiba masa orang memerlukan bantuannya lebih-lebih lagi berkaitan duit, dia hilang dari radar. Bukan setakat duit, kadangkala makanan dan barang peribadi pun dia kedekut nak kongsi. Konsep yang diguna pakai, ‘barang dia hak milik dia, barang orang lain pun hak milik dia juga.’

  • Si Penipu

Muka tampak ayu dan manis, tetapi suka menipu. Kadangkala menipu orang lain demi kepentingan sendiri. Orang lain yang nampak jahat, dia akan nampak sebaik-baik umat. Wanita sebegini sangat bahaya kerana kelicikannya. Tolong berubah cepat ya!

  • Dia Sahaja Betul

Sumber Foto: Google Image

Ada wanita yang tidak boleh ditegur atau diberi pendapat. Ini sikap paling buruk buat orang ramai menyampah dah meluat dengan anda tau. Jangan asyik rasa diri sendiri sahaja betul. Anda perlu ingat yang tiada manusia yang sempurna dan tahu segala benda.

  • Kuat membebel

via GIPHY

Ada wanita suka sangat bercakap tak berhenti. Apa yang keluar dari setiap mulutnya sangat menyakitkan hati walaupun ada benarnya apa yang diucapkan. Fuh! Ini memang sikap bukan sahaja lelaki pantang, wanita sendiri pun ada yang tidak suka individu yang kuat membebel tanpa sebab. Nak berleter tak salah, tapi biar kena pada tempat dan masa. Yang penting, jangan 24 jam nak berleter hingga buat orang rasa meluat dan menyampah.

 

 

Sumber: thevocket

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna