Ebit Lew Buka 5 Jawatan Di 10 Cawangan Elewsmart!

Pendakwah bebas, Ebit Lew telah berkongsi berita gembira bahawa dirinya bakal membuka 10 cawangan di sekitar Selangor yang kini sedang dalam proses ubah suai. Beliau juga turut memohon orang ramai mendoakan usahanya dipermudahkan.

Tujuan beliau membuka kedai runcit ini adalah untuk membantu ramai lagi orang susah dengan memberikan harga paling murah sekaligus membuat saham akhirat beliau sentiasa mengalir.

Jadi, tak lama lagi dapatlah kita merasa barang dapur harga yang murah-murah. Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi apabila Ebit Lew membuat kenyataan yang lagi membahagiakan ramai orang! Ha, apa dia tu?

Biasalah, bila dah buka kedai yang mempunyai 10 cawangan, secara tak langsung pasti akan ada peluang pekerjaan untuk menggerakkan perniagaan. Jadi, beliau membuka 5 jawatan untuk setiap cawangannya. Fuh! Banyak.

Antaranya adalah…

  1. Branch Manager
  2. Assistant Manager
  3. Marketing Officer
  4. Supervisor
  5. Retail Staf

Kepada mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh PKP sehingga PKPP ni bolehlah memohon pekerjaan dengan menghantar resume dan CV ke [email protected]

Mohon cepat-cepat kerana hanya 100 orang saja dipilih!

Semoga rezeki Ustaz Ebit Lew semakin murah dengan membuka peluang pekerjaan serta menjadi contoh terbaik pada masyarakat tak kira agama dan bangsa. We love you, ustaz!

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

Akhirnya Ebit Lew Berjaya Buka 10 Cawangan Kedai ElewsMart!

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebookebitlew

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna