Dulu Si Dia Penyayang Sekarang Baran!

Ketika bercinta, mereka boleh menjadi orang lain kerana dirinya tidak diuji hingga menonjolkan diri yang sebenar. Sebaliknya, dalam keadaan realiti kehidupan yang sebenar, mereka tidak mampu ‘melakonkan’ watak itu lagi.”

Pasangan yang ketika bercinta kelihatannya begitu penyayang pada awalnya mengapa pula mudah berubah kepada watak berlainan selepas beberapa detik perkenalan? Dari seorang yang penyayang dan gemar mengambil berat kepada baran dan lepas tangan. Hakikatnya, tidak ada apa yang berubah sebenarnya tau.

Kalau anda nak tahu, manusia mempunyai watak dan karakter sama sejak azali lagi. Mustahil seseorang itu mula berubah setelah beberapa tahun sahaja. Apa yang berlaku ketika bercinta, semuanya sangat indah. Orang sanggup berjanji dan berkorban apa sahaja. Mereka sanggup berbelanja besar untuk menarik perhatian pasangan masing-masing. Dalam kata yang lain, apa sahaja yang dipamerkan adalah hal yang baik dan indah sahaja. Sebaliknya, personaliti atau karakter buruk yang dimiliki telah disembunyikan.

via GIPHY

 

Kiranya, tabiat buruk yang dimiliki berjaya dikawal dengan sebegitu sempurna sehingga tidak dapat dikesan oleh pasangan masing-masing. Hakikatnya, personaliti manusia ini telah dimiliki sejak di peringkat anak-anak. Ada yang bersifat penyabar, ada pula yang cepat pemarah. Disebabkan itu, dalam kebanyakan kes, pasangan yang kelihatan berbeza berbanding ketika bercinta bukanlah bermaksud mereka telah berubah. Mereka hanya menampilkan diri mereka yang sebenar. Setelah bertahun hidup bersama, desakan hidup dan pelbagai cabaran membuatkan si dia kembali menunjukkan diri yang sebenar.

Jangan tidak percaya, kadangkala ada yang ambil masa bertahun juga untuk pasangan keluarkan perangai sebenar. Setelah si dia bertukar watak, anda pasti merasakan si dia sudah berubah hati kepada anda. Jika ada sikap bersabar, tolenrasi pasti setiap pasangan boleh menerima keburukan atau apa sahaja kelemahan pasangan anda. Anda kena ingat yang semua orang termasuk diri sendiri tidak sempurna. Kerana itu sesebuah ikatan yang berjaya adalah mereka yang mampu harungi segala onak dan duri.

Agar kehidupan berpasangan berpanjangan dan bahagia selamanya, anda boleh melihat kehidupan keluarga bakal pasangan terlebih dahulu. Sekiranya latar keluarganya adalah bermasalah, sering diadukan dengan isu-isu konflik dan keganasan, ada kemungkinan bakal pasangan kita juga bakal membawa watak yang sama setelah berkahwin. Ketika bercinta, mereka boleh menjadi orang lain kerana dirinya tidak diuji hingga menonjolkan diri yang sebenar. Sebaliknya, dalam keadaan realiti kehidupan yang sebenar, mereka tidak mampu melakonkan watak itu lagi. Disebabkan itu, ada kes yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan begitu mudah, adakalanya berakhir dengan kisah tragis termasuk kecederaan parah atau kematian.

 

TIP SEMAI KEBAHAGIAAN

Pasangan juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada yang boleh dinasihati secara bersendirian, ada pula yang hanya boleh dinasihati di hadapan teman-teman. Dengan cara mengenal hati budi masing-masing, terutamanya pada tahun awal perkahwinan, anda mungkin boleh memanjangkan hayat bahtera rumah tangga. Ingat, manusia ini adalah makhluk yang kompleks. Jika ada yang mengganggu kehidupan pasti ada yang mengganggu kebahagiaan. Kekalkan keharmonian rumahtangga, nescaya pasti setiap perhubungan anda akan mencapai kebahagian berpanjangan tanpa ada yang berubah perangai.

 

Sumber Foto: 123rf.com

  • Jika ada masalah tidak kira di tempat kerja, kewangan atau keluarga, berbincanglah bersama pasangan anda. Jangan sembunyikan daripada mereka. Percayalah mereka mampu meringankan beban anda. Tiada lagi masalah tidak mempercayai antara satu sama lain akan dikaitkan dalam sesebuah hubungan.

 

Sumber Foto: 123rf.com

  • Pupuk dan semai hubungan anda berdua. Sentiasa ambil berat kepada pasangan. Jangan hanya untuk setahun dua, tetapi sehingga akhir hayat. Sekali sekala hadiahkan sesuatu kepada pasangan tidak kira murah atau mahal. Ia tanda anda berdua saling menghargai, bukan ketika ulangtahun kelahiran atau perkahwinan sahaja tetapi setiap masa.

 

Sumber Foto:https:sites.psu.edu

  • Jauhkan segala gajet atau telefon bimbit ketika anda berdua sedang berborak, makan malam atau menonton televisyen. Berkomunikasi adalah senjata penting dalam sesautu perhubungan.

 

Sumber Foto: quara.com

  • Jangan sesekali minta bantuan daripada orang luar, sebelum memberitahu pasangan anda terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi kepada yang berlawanan jantina dengan anda. Hari ini kes melibatkan penceraian melibatkan orang ketiga sangat tinggi. Boleh jadi anda hanya menganggap rakan berlainan jantina daripada anda itu sebagai rakan sahaja, tetapi pasangan mungkin sebaliknya. Maka ia boleh menyebabkan gunung berapi kembali meletus dan membinasakan segalanya. Awas tau!

 

Sumber Foto: Google Image

  • Puaskan keperluan batin masing-masing. Anda dan pasangan tidak perlu malu untuk bercerita tentang keinginan masing-masing. Hanya anda berdua sahaja yang tahu, bukan orang lain.

 

 

 

 

 

Sumber: ikahwin.my

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna