Dulu Makcik, Sekarang Gadis Gelang Pink Pula Muncul

Baru-baru ini kecoh dengan isu kes gambar yang tular menunjukkan seorang wanita memakai gelang bewarna merah jambu sebagai pengesanan kuarantin koronavirus (COVID-19) sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Wanita berusia 72 tahun itu difahamkan baru sahaja pulang dari luar negara dan diarahkan menjalani perintah kuarantin wajib selama 14 hari bermula 4 sehingga 17 Julai. Malangnya, makcik tersebut gagal mematuhi arahan.

Muncul gadis gelang pink

Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi apabila seorang gadis membuat perkongsian tentang pemakaian gelang pink. Hm, apa pula lagi tu?

Menurutnya, dia adalah salah seorang individu yang perlu kuarantin diri dan perlu memakai gelang pink. Kesan dari itu dia memilih untuk duduk dalam bilik seorang diri selama dua minggu.

“Dua minggu kena kuarantin langsung tak kacau orang. Masalahnya, mereka yang sombong bawa balik perangai luar negara entah dari mana lepastu susahkan semua orang, urgh!” tulisnya melempiaskan amarah.

Kenapa boleh terfikir nak keluar?

Tak cukup dengan itu, gadis tersebut turut tidak faham dengan sikap mereka yang pentingkan diri ini kerana sebelum menerima keputusan swab test, pihak perubatan telah menerangkan secara terperinci satu persatu syarat kuarantin seorang demi seorang.

“Macam manalah orang yang keluar dengan pakai gelang ni boleh terbit rasa dalam hati perangai sombong sampaikan ada yang buka gelang tu,” tulisnya lagi.

Fuh! Ingatkan dia memilih untuk keluar rumah. Nasib baiklah dia patuh arahan dan memberi contoh yang baik kepada individu yang perlu dikuarantin.

Malangnya, bermula 24 Julai kerajaan memutuskan bahawa tiada lagi kuarantin di rumah bagi rakyat Malaysia dan warga asing yang tiba di negara ini.

“Sebaliknya, individu-individu terbabit akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan seperti kita buat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dulu,” Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Inilah namanya, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Apa pun, stay safe dan mana yang perlu kuarantin tu..sila kuarantinkan diri anda okay?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hampir Bebas COVID-19, Tapi Muncul 3 Kluster Baru Pula

Lah, Ada Pula Yang Campak Wristband Dekat KLIA?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna