Dulu Bagi ‘Hati’, Sekarang Sanggup Kongsi Buah Pinggang Pula Dengan Isteri

Selalu kita dengar seorang suami menghargai isterinya dengan cara menghadiahkan sebuah kereta mewah, rumah idaman, set barangan kemas, barangan kecantikan atau kemewahan dari segi duit.

Tapi lain pula cara lelaki ini, Mohammad Hilmi, menghargai isteri tercintanya, Noratiqah Abd Latif dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada isterinya. Fuh! Bukan calang-calang pemberian ye!

“Aku beri kerana tanggungjawab…”

Menurutnya, tindakannya ini kerana usai selamat bernikah dan membaca taklik secara tak langsung dirinya telah menjadi suami yang sah kepada isterinya sekaligus bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga isterinya walau apa jua rintangan dan dugaan.

“Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Tiada halangan untuk dialisis,” tulisnya menerusi laman akaun facebook miliknya.

Kejayaan paling gembira…

Selepas tamat perbedahan, Hilmi memuat naik status lagi dengan mengatakan semuanya sudah selamat. Cuma rasa kebas pada bahagian perut sebelah kiri tapi dalam pada masa sama, dia bersyukur isterinya dapat membuang air kencing seperti biasa semula.

Dia turut meluahkan rasa gembiranya kerana ini lah kejayaan terbesar dia buat isterinya dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mereka.

Isteri rasa serba salah dan terharu…

Sementara itu, isterinya turut berkata, pada mulanya dia rasa amat serba salah untuk menerima buah pinggang suaminya memandangkan suaminya yang sihat terpaksa berkorban untuk dirinya yang sakit ni.

“Saya terharu dengan keputusan suami menderma sebelah buah pinggangnya kepada saya. Saya hanya terima kerana dia nekad dan ikhlas demi melihat saya sihat semula seperti dulu,” katanya.

Malah, dia turut bersyukur dan berjanji dengan dirinya selepas ini mereka akan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan garam, gula dan minyak.

Nasihat untuk semua orang…

Hilmi turut memesan kepada rakannya menerusi coretannya di Facebook dengan menasihati kerana tidak ingin mereka yang sihat di luar sana abaikan kesihatan yang dianugerahkan oleh tuhan. Antaranya nasihat ringkas…

  1. Elakkan pengambilan minuman campuran seperti 3 dalam 1.
  2. Jangan ambil ubat yang tidak ada kelulusan kementerian kesihatan.

Itulah pentingnya menjaga corak pemakanan kerana keadaan badan kita adalah cerminan kesihatan kita pada masa hadapan. Apa pun, beruntung dapat pasangan yang sama-sama sanggup susah senang dengan kita.

Semoga cinta dan kasih sayang mereka mekar hingga akhirnya.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Galas Semua Tanggungjawab, Punca Isteri Hilang Hormat Pada Suami

Siapa Yang Tentukan Jantina Anak? Telur Suami Atau Isteri?

 

 

 

 

 

 

Sumber: hilmi damak kacak

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna