“Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan,” Netizen Harap Aliff Syukri Kembali Ke Pangkuan Isteri

Turun naik dalam alam rumah tangga memang wajib ada bagi setiap pasangan. Pergaduhan kecil inilah yang boleh membuatkan kita lebih mengenali sisi pasangan masing-masing. Begitulah juga yang dihadapi oleh usahawan kosmetik Dato Aliff Syukri bersama isterinya.

Sebelum ini, Aliff menafikan spekulasi rumah tangganya  bersama Datin Seri Nur Shahida yang dikatakan semakin goyah. Namun, laman media sosial usahawan tersebut dilihat semakin mencurigakan.

Mana tidaknya, Aliff memuat naik status di Instagram Story memberi gambaran seolah-olah satu pemohonan tentang status perkahwinannya telah dilakukan. Ada juga ura-ura mengatakan isterinya sudah membuat permohonan cerai.

Bukan itu sahaja, Aliff turut memuatnaik gambar dengan kapsyen,

Cinta itu layak diperjuangkan.. tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai…. -Aliff Syukri

 

View this post on Instagram

 

Kesulitan itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan kerana cinta itu layak diperjuangkan.. tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ramai juga yang mengagak-agak mahligai cinta Aliff dan isteri sedang dilanda badai hebat. Justeru ramai juga yang menurunkan nasihat agar Aliff kembali ke pangkuan isteri.

Ini kerana mereka berdua ialah pasangan yang sweet dan telah melalui pelbagai fasa dalam hidup bersama-sama.

Tak tahu apakah yang sebenarya terjadi kepada rumah tangga mereka. Hidup ada pasang surutnya, mungkin inilah ujian dalam rumah tangga yang dibina bersama.  Apapun, sama-samalah kita mendoakan kebaikan terhadap perkahwinan mereka.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna