Duit E-Penjana Dah Masuk Dalam E-Wallet! Jom ‘Cash’ Kan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program RM750 juta kredit e-Penjana itu adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Itu yang baru-baru ni ramai yang menggeletis badan bila status dah berjaya tebus duit e-Penjana dalam aplikasi e-dompet Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet. Mana tidaknya, dapat free RM50! Jumlah yang sangat banyak untuk keadaan ekonomi sekarang.

Sumber: cariangoogle

Boleh ke keluarkan duit e-Penjana tu?

Tapi, kalau dapat keluarkan duit e-Penjana tu mesti lagi bagus kan? Lepaslah duit minyak kereta seminggu. Kalau campur duit bantuan pasangan, dah RM100. Silap-silap boleh beli untuk stok face mask dengan barang dapur.

Tapi boleh ke keluarkan duit e-Penjana tu? Ha.. Boleh je kalau guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Jadi, dalam artikel kali ni kami nak kongsikan dengan anda cara nak cash out duit tu.

Jom cuba!

Ini jumlah selepas dapat duit bantuan e-Penjana dan katakanlah anda nak keluarkan sebanyak RM50 sahaja.

Cara-caranya…

  1. Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada ShopeePay.
  2. Klik top-up.
  3. Masukkan jumlah duit yang ingin dikeluarkan atau pilih je jumlah yang disediakan.
  4. Pilih bayaran secara cash di 7E.
  5. Barkod yang keluar scan je dekat kaunter. Nanti duit masuk dalam shopeepay dan boleh keluarkan duit dalam shopeepay untuk masukkan ke dalam akaun bank.

Mudah sajakan? Semoga tip dari kami ni memberi manfaat pada anda semua!Good luck!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Miliki Dadah & Pistol, Wanita Thailand Ditangkap!

Tip-Tip Keselamatan Ketika Menggunakan e-Wallet

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna