Dugaan Bulan Ramadan, Jualan 7 Air Balang Pakcik Ini Tumpah Semuanya!

Setiap kali tiba bulan ramadan, setiap rezeki, amalan dan ibadat akan digandakan pahalanya, malah kita juga dikurniakan ganjaran tambahan melalui ibadah khusus. Bukan itu saja, bulan suci ini juga amat dinantikan oleh peniaga kerana dapat menjana pendapatan mereka yang berniaga di bazar.

Tapi bukan bermakna pada bulan ramadan tiada langsung dugaan dan ujian yang Allah berikan. Keimanan kita tetap akan diuji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Contohnya, seorang perniaga air balang di bazar dilanda musibah apabila kesemua air jualannya habis tumpah kesemuanya!

Menurut salah seorang pengguna Facebook yang difahamkan saksi waktu kejadian, dia mengatakan sedang perniaga menyusun barang-barang jualannya, tiba-tiba ketujuh-tujuh air balangnya jatuh. Menurutnya lagi, kejadian ini berlaku di bazar ramadhan persiaran atmosfera di Subang pada ramadan kedua.

Berikutan daripada kejadian tersebut, orang ramai bersimpati dengan apa yang terjadi serta mendoakan rezeki pakcik tersebut dilimpahkan lebih banyak pada hari seterusnya.

Apa pun yang berlaku pada bulan ramadan, kita reda dan bersyukur kerana masing-masing ada ujian dan rezeki yang sudah ditetapkan. Semoga rezeki pakcik tersebut digandakan pada hari seterusnya.

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna