Dugaan Betul, Tiba-Tiba Rasa Nak Putus Tunang? Wanita Baca Ni Dulu…

Perasan tak kebanyakan pasangan yang belum berkahwin masa bercinta memang sweet habis, kalau bergaduh pun tak lama. Tapi bila dah sampai satu tahap tempoh bertunang anda semakin ragu-ragu dengan pasangan anda.

Sebenarnya bukan anda berubah hati atau ingin mencari lain tetapi bila anda dan pasangan berada dalam keadaan untuk membina masjid dan menghalalkan hubungan sudah tentu akan ada yang tidak suka akan perbuatan ini.

Syaitan gembira jika anak Adam batalkan perkahwinan”

Bagi umat Islam kita sedar bahawa syaitan akan berusaha untuk mengoda manusia bagi membatalkan ‘pembinaan masjid’ kerana ia sangat benci jika seseorang lelaki berusaha untuk menghalalkan hubungan bersama wanita.

Image result for overthinking

Sumber: strong

Dugaan Yang Sering Menyerang Pasangan Bertunang

Fikiran Serabut 

Kenapa perasaan tak sama macam dulu-dulu masa mula bercinta? Masih ingat pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula bagi pasangan yang baru nak bina rumah tangga. Perkara ini mungkin berlaku kerana anda terlalu fikir bahawa perasaan bahagia tidak terus kekal selepas berkahwin nanti.

Penting untuk anda sentiasa berfikiran positif dan mainkan peranan untuk sentiasa menjernihkan keadaan pada waktu tegang.

Takut Jika Dia Bukan Terbaik 

Bila dah lama kenal pasangan baru anda tahu baik buruk si dia tapi dalam masa yang sama anda akan mula fobia dan tidak suka melihat sifat buruk pasangan dan terus hilang selera.

Untuk pengetahuan anda, menurut Suzana Ghazali seorang pakar perunding psikologi keluarga menetapkan bahawa jika seseorang individu membuatkan keputusan untuk putus tunang tanpa alasan yang kukuh anda berhak untuk mendapat ganti rugi.

Image result for overthinking

Sumber: lamente

Masalah Kewangan 

Fakta yang anda perlu tahu, perkahwinan tidak memerlukan bajet yang besar sehingga puluh ribu ringgit dan pihak lelaki akan tertekan untuk perkara ini. Disarankan untuk buat bajet agar tidak keluar secara berlebihan dan dahulukan apa yang penting.

Cuba ingat kembali saat gembira anda bersama si dia dan sudah berada sehingga tahap ini takkan nak putus asa macam tu je? Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dan pasangan yang berada dalam dilema semasa bertunang.

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jagalah Sikit Hati Pasangan, Nak Tegur Pun Ada Caranya 

Vagina Kering Punca Hubungan Intim Semakin Hambar?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna