Dua Pemenang Bertuah Donna Dapat Dua Pasang Tiket Ke Konsert Siti Nurhaliza!

Bahang konsert #CTNurhalizaOnTour di Malaysia pada 16 Mac ini di Axiata Arena semakin terasa kehangatannya, terutama dalam kalangan peminat penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza yang akan ke konsert beliau.

Mana tidaknya, tiket #CTNurhalizaOnTour telah pun habis dijual dalam sekelip mata saja! Laris betul tiket Tokti. Namun, dalam kegembiraan yang sudah membeli tiket ke konsert Tokti, pasti ada yang bersedih kerana gagal memiliki tiket tersebut.

Sempena konsert comeback Tokti di Malaysia yang memang semakin hampir, Donna sempat buat contest dan bagi tiket giveaway konsert #CTNurhalizaOnTour kepada penyokong Donna yang bertuah.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini sangat memberangsangkan dan team Donna sendiri pun confuse ketika ingin menentukan siapa pemenangnya.

Tahniah buat dua pemenang yang berjaya memenangi dua pasang tiket, nama anda akan kami umumkan di twitter @thedonnamy.

Untuk pembaca yang lain, jangan risau kerana ada banyak lagi contest menarik untuk anda. Stay tune with Donna!

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna