“Drive Safe Okay?” – Siti Sarah Tunjuk Cara Pemanduan Yang Betul

Bermula dari tahun 2001, penyanyi lejen tanah air, Siti Sarah mula mencipta nama dalam bidang nyanyian dan sehingga kini penerimaan bakat serta lantunan suaranya menjadi halwa telinga sehingga membuatkan dirinya semakin ramai diminati.

Tambah pula, pelantun lagu berjudul Semakin aktif di media sosial dengan berkongsi video dengan orang ramai tentang kehidupannya bergelar seorang isteri, ibu dan usahawan. Wah! Serba boleh Siti Sarah ni.

Apa yang Sarah bagi pesanan tu?

Tapi, yang lebih menariknya lagi apabila Sarah memuat naik sebuah video yang menunjukkan cara pemanduan kereta yang betul dan selesa. Eh! Biar betul Sarah ni? Selalunya perempuan yang sering bermasalah bila memandu. Apa yang Sarah ajar tu?

View this post on Instagram

Korang pernah tengok tak org bawak kereta macam ni? Bukan main kedepan😂🤣 apa apa pon korang drive safe ok .. pesanan ini dibawa khas kepada anda dari @ratasyacosmetics

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Hm, betullah apa Sarah nasihatkan tu. Bila memandu, pemandu perlu dapatkan posisi badan yang selesa. Tak boleh nak kedepan sangat atau terlalu kebelakang. Nanti mulalah bawa kereta atas jalan raya macam orang mabuk.

Lagipun, kalau memandu terlalu kedepan ia tidak bagus untuk tulang belakang kita kerana posisi badan tidak berada dalam keadaan rilek dan selesa. Itu yang rasa sakit pinggang dan badan lepas bawa kereta.

via GIPHY

Bukan tu je, ada lagi beberapa kesalahan lain yang sering pemandu lakukan bila memandu kereta sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Antaranya adalah..

  1. Tidak memberi signal bila nak masuk simpang
  2. Masuk lorong tanpa melihat cermin sisi.
  3. Fikiran melayang ketika memandu.
  4. Main telefon ketika memandu.
  5. Langgar lampu isyarat.
  6. Paksa diri memandu dalam keadaan mengantuk
  7. Memotong kereta di lorong kecemasan atau laluan motor.

Ingat, nyawa tak boleh beli dekat kedai runcit. Sayangilah diri anda dan jangan jadikan kesalahan anda, nyawa orang lain melayang. Pandu dengan hermat!

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut: 

Padah ‘Microsleep’ Ketika Memandu, Terlelap 3 Saat, Nyawa Melayang! ,

 Sejauh Mana Tahap Keselamatan Wanita Yang Pulang Atau Kerja Waktu Malam?

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna