Dr Wan Azizah Bangga Dengan Kejayaan YB Nurul Izzah!

Alhamdulillah, ibu bangga dengan Izzah”

Itulah bait perkataan rasa bangga yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah kepada puteri sulungnya iaitu Nurul Izzah menerusi sebuah posting akaun Instagram miliknya.

Walaupun ucapannya ringkas, tetapi padat! Ia sangat menusuk hati kepada siapa saja yang membaca.

Posting tersebut menunjukkan potongan akhbar dari portal Malay Mail yang bertajuk “Persidangan di Singapura menamakan Nurul Izzah sebagai wanita paling berpengaruh pada 2018”.

Sumber: instagram dr wan azizah

Tidak cukup dengan itu, pengikutnya juga telah membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada ahli parlimen Permatang Pauh tersebut.

Tahniah YB Izzah! Donna harap dengan kejayaan Yb ini dapat memberi semangat kepada anak muda Malaysia membanggakan ibu mereka.

 

 

 

 

Sumber: instagram dr wan azizah

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna