Doula Sebenar, Suami Peneman Terbaik Ketika Isteri Bersalin Bukan Orang Lain!

Mungkin ada yang kurang memahami tentang erti sebenar doula. Ia merupakan peneman kelahiran atau individu yang terlibat dalam proses bersalin di mana kebanyakannya masyarakat dahulu menjadikan ibu adalah orang yang akan menjadi peneman di rumah sehingga ada yang menyebabkan kelahiran berakhir dengan tragedi.

Roof of Science menyatakan bahawa di luar negara terdapat ramai doula yang mempunyai latar belakang perubatan tetapi di Malaysia sebaliknya. Kebanyakkan mereka tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan asas dalam bidang perubatan apatah lagi bidang kelahiran.

Terdapat satu perkongsian oleh Najmi Nawawi, yang sangat menarik tentang doula ini kerana dia menganggap bahawa doula terbaik adalah seorang suami di sisi isteri saat bersalin kerana ia lebih bermakna. Siapa lagi jika bukan suami yang menjadi tonggak utama untuk menjayakan pengalaman bersalin yang indah untuk bidadari sendiri.

Image result for men reading book"

Sumber: church

Lengkapkan Diri Dengan Ilmu

Kelahiran bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh, buat para suami tugas anda bukan hanya sekadar menunggu masa tetapi pelajarilah dan buat kajian sedikit untuk membantu pasangan.

Cuba Berada Di Samping Isteri

Sentiasa ‘physically present’ untuk beri sokongan dan dorongan kepada isteri semasa menghadapi saat-saat sukar. Tunjuk yang anda prihatin agar isteri sentiasa selamat, dihargai dan dilindungi.

Image result for doula husband"

Sumber: babycenter

Emosi Yang Seiring Dengan Isteri

Belajar untuk memahami perasaan dan emosi isteri yang sedang menahan sakit. Sentiasa bersikap matang dalam setiap keputusan yang dibuat. Suami dinasihatkan agar tidak mudah berkecil hati dan sentiasa memberi sokongan di samping mereka.

Perancang Sempurna

Bayangkan jika suami anda telah rancang segalanya pada awal kandungan sehingga saat kelahiran, pasti ianya akan berjalan dengan lancar. Suami juga boleh memuat turun aplikasi yang dapat membantu ketika isteri mengandung seperti aplikasi untuk mengira tendangan bayi dan sebagainya.

Percayalah, walaupun isteri anda mengalami saat yang paling sukar dan perit jika suami di sisi pasti ia adalah momen dan pengalaman terindah buat setiap pasangan.

 

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Perut Buncit Nampak Tidak Menarik, Amalkan Ini Untuk Bantu Anda Hilangkannya

Suami Lebih Tegang Sebelum Beraksi Jika Isteri Pandai Lakukan Teknik Ini!

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna