‘Don’t Take For Granted’! Penting Ada Persetujuan Setiap Kali Nak ‘Bersama’

Hubungan intim dalam perkahwinan memerlukan keizinan dan persetujuan daripada kedua belah pihak”

Don’t take for granted! Mungkin ramai yang menganggap bahawa sebuah perkahwinan adalah salah satu cara untuk membolehkan pasangan untuk bersama dan melakukan aktiviti seksual, memang benar. Tetapi sexual consent atau keizinan seksual mungkin agak janggal untuk dibicarakan bagi yang sudah mendirikan rumahtangga. Sedangkan anda perlu tahu bahawa ia tetap memerlukan persetujuan di antara suami dan isteri bersama.

Perkara ini perlu dititikberatkan dalam kalangan kita untuk mengelakkan berlakunya kekerasan seksual. Ini kerana terdapat pelbagai kes pada zaman kini di mana ada pasangan yang ingin dan meminta untuk melakukan perkara terlarang dan melanggar agama serta kelakuan kekerasan yang tidak boleh diterima oleh pasangan.

Image result for cuddle with wife

Sumber: elitedaily 

Stop Lakukan Kekerasan Seksual

Memang benar bagi pasangan yang sudah berkahwin dan para suami di Malaysia mempunyai hak mutlak untuk bersama dengan isteri, tetapi kekerasan seksual bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penceraian malah kaum wanita akan sentiasa ditindas. Mengikut agama Islam, Allah juga telah berfirman dan menyatakan bahawa isteri adalah tempat untuk para lelaki bersuka dan berkasih sayang.

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) dan bertakwalah kepada Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Related image

Sumber: muscle

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Keizinan Pasangan?

Berdasarkan Planned Parenthood, keizinan bermaksud persetujuan di antara pasangan untuk melakukan hubungan intim. Kenapa perlu persetujuan? Ia penting untuk memastikan suami dan isteri bersetuju untuk melibatkan diri bersama dan salah seorang daripadanya berhak untuk menolak atau menangguh hubungan tersebut.

Sebagai seorang wanita memang benar anda perlu patuh arahan suami, tetapi jika anda ingin menolak ajakan suami perlu disertakan sebab dan alasan yang munasabah untuk menghormati pasangan sebagai ketua keluarga dan pemimpin anda. Elemen ini penting untuk menerapkan rasa hormat pada pasangan dan memberi ketenangan untuk melakukanya atas dasar suka sama suka tanpa paksaan.

Macam Mana Kalau Pasangan Paksa Untuk Bersama?

Bila bercakap tentang isu ini, mungkin ada yang memandang remeh dan tidak menganggap ianya serius. Tetapi sekiranya ada di antara pasangan anda yang bertindak mengasari ketika bersama atau merasakan dirinya dianiaya secara seksual anda boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

Donna faham, minta izin untuk bersama tu mungkin sedikit janggal untuk anda. Bukan hanya dengan bertanya malah anda boleh beri pasangan hint untuk melakukan ia, dan lihat bagaimana mereka respon. Anda perlu tahu bahawa bahawa persetujuan ini bertujuan untuk melindungi wanita mahupun lelaki daripada penyakit seksual, menindas hak individu dan kehidupan orang lain.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Merajuk Dengan Pasangan? Ini Posisi Tidur Paling Romantik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

 

 

 

 

 

 

Sumber : theasianparent

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna