Doktor Pakar Ini Kongsi 7 Tip Elakkan Faraj Terkoyak Ketika Bersalin

Setiap wanita yang hamil, ramai yang akan menjalani proses alahan dan juga saat melahirkan bayi apabila kandungan dalm perut sudah mencapai tempoh matang. Namun, tidak semua wanita akan mengalami proses dan kesakitan yang sama. Lain individu, lain keadaan yang dialami ketika bersalin. 

Ada yang mudah bersalin, ada yang mengalami kesukaran sehingga berlaku koyakkan teruk dibahagian faraj yang menyebabkan mereka berasa trauma untuk bersalin. Justeru, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Muhammad Izzat telah tampil menerangkan tip  untuk mengelakkan faraj terkoyak ketika bersalin menerusi akaun Twitter miliknya.

Antara tips yang dikongsi adalah;

  1. Banyakkan membaca.

Apabila si ibu banyak membaca buku-buku berkaitan dengan mengandung, ilmu pengetahuan mereka akan menjadi luas. Tapi, jagan sesekali mendengar nasihat dari penjual produk yang hanya ingin melariskan produk mereka. Ini akan memberi kemudaratan kepada si ibu yang mengandung.

2. Kemutkan otot faraj.

Menurut Doktor Izzat lagi, jika di masa lapang atau sedang duduk-duduk tidak melakukan apa-apa, ibu yang sedang hamil, haruslah mengemutkan otot pelvis atau vagina mereka. Maksud kemutkan disini adalah seperti sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung.

3. Urut dibahagian perineum.

Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfungsi untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakkan yang teruk di bahagian vagina. Jadi, jika urutan ini diamalkan, otot pada perineum yang anjal akan menjadi lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.

sumber: mamapride

4. Fokus ketika teran.

Pastikan teran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan pastikan meneran dari abdomen dan ke bawah, atau lebih mudah untuk bayangan, meneran seperti berak sembelit.

5. Jangan teran terlalu awal.

Jika si ibu meneran terlalu awal sebelum kepala bayi belum lagi kelihatan pada lubang vagina, ia akan menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.

6. Rapatkan dagu ke dada.

Posisi rapatkan dagu ke dada sama  sama seperti udang membengkok dan pada masa yang sama, pastikan pegang pergelangan kaki. Jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Posisi akan menyebabkan bayi dalam kandungan sempit untuk keluar dari lubang vagina.

Sumber: bengkungmoden

7. Dengar arahan doktor

Akhir sekali, apabila pihak doktor ingin memeriksa di bahagian vagina, si ibu haruslah memberi kerjasama. Jangan terkepit-kepit sehingga jari doktor tidak dapat kluar. Malah, banyakkan berzikir dan berselawat, bukan meraung sepenuh jiwa dan raga.

Jadi, kepada ibu di luar sana yang bakal melahirkan anak, selamat mencuba dan praktikkan ye!

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna