Doktor Ini Terang Kesan Buruk Beri Bayi Coklat Bawah Usia 2 Tahun

Tular di media sosial isu tentang salah seorang selebriti Instagram memberi anak kecilnya berusia kurang setahun makan coklat Choki Choki tanpa berfikir panjang.

Mungkin baginya itu adalah perkara biasa kerana kanak-kanak sememangnya menggemari coklat. Lagipun, anaknya seperti suka dengan coklat sehingga menangis selepas mereka berhenti memberi si kecil coklat.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga mengundang kemarahan sesetangah ibu bapa dan doktor kerana tindakan tersebut memberi kesan buruk kepada bayi tersebut.

Coklat ada kafein?

Menurut seorang doktor, Dr Nimelesh menerusi penerangannya di akaun twitter miliknya, kajian dilakukan American Academy of Pediatrics menasihatkan kepada semua para ibu bapa supaya tidak memberi bayi berusia setahun ke bawah minuman atau makanan yang mengandungi kafein termasuklah coklat.

“Ini kerana 1 oz coklat pekat mengandungi sebanyak 23mg kafein. Manakala, 1 sudu kecil serbuk koko mengandungi 12mg kafein dan 1 oz susu coklat pula mengandungi 4mg kafein.

Malah, mereka turut cadangkan sebaiknya elakkan sehingga umur si kecil mencecah usia dua tahun. Ini kerana coklat bukan saja mengandungi kafein tapi ada gula tambahan,” tulisnya dengan nada tegas.

via GIPHY

Nasihat Dr Nimelesh…

Dia turut menasihatkan kepada semua ibu bapa dapatkan nasihat dari doktor atau jururawat untuk info lanjut tentang pemakanan bayi dari semasa ke semasa kerana setiap peringkat umur pemakanan mereka berubah.

“Bukan apa, kami juga yang kena selesaikan kes bila ada sesetengah ibu bapa beri makanan yang tak sepatutnya pada bayi mereka. Saya pernah menerima kes bayi sembelit selepas diberi nestum ketika bayi tersebut berumur sebulan. Nasib baik ketika rawatan, tidak ada berlaku tersedak atau aspiration,”  tulisnya lagi.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

China Seronok Bebas COVID-19, Pasar Wuhan Kembali Jual Daging Eksotik Besar-Besaran

COVID-19: Sebak Dengar Doa Syria Untuk Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna