Doktor Ini Terang Bagaimana Seseorang Boleh Mendapat Kanser Payudara

Tular di media sosial tentang kenyataan pemakaian bra ketika tidur dapat membuatkan badan seseorang terkena kenser payudara. Betul ke ni? Ke mitos semata?

Kenyataan ini telah dibidas oleh salah seorang Pelatih Pakar Beedah, Dr. Amalina mengatakan punca tersebut mitos semata dan tiada langsung kena mengena.

Sumber: cariangoogle

Jadi, apa punca kanser? Jawapan soalan ini ada pada seorang Founder of Alluskin, Dr, Aen Saari yang memberi penerangan tentang punca sebenar kanser payudara menerusi akaun twitter miliknya.

Antara punca yang disenaraikan adalah…

  1. Golongan wanita.
  2. Faktor umur yang meningkat
  3. Sejarah keluarga terdekat seperti mak, kakak, adik.
  4. Berat badan yang berlebihan misalnya, faktor banyak hormon estrogen.
  5. Kandungan pertama selepas umur 30 tahun.
  6. Tidak menyusu anak secara eksklusif sekurang-kurangnya setahun
  7. Datang haid sebelum 12 tahun atau umur menopause lebih 55 tahun.
  8. Alkohol.
  9. Genetik.
  10. Merokok.

Malah, beliau turut menambah dengan menolak dengan keras bahawa tiada satu pun senarai di atas menyatakan pemakaian bra ketika tidur boleh mengakibatkan kanser payudara.

“Kalau lihat golongan lelaki, mereka juga tak pakai bra tapi mengapa mereka boleh dapat kanser payudara? “

Tak cukup dengan penerangan dari Doktor Aen, Doktor Pelatih Pakar Bedah, DR. Amalina menerangkan dengan ringkas tentang kes kanser payudara bagi golongan lelaki.

“Ya, golongan lelaki juga boleh dapat penyakit kanser payudara tapi ia jarang sekali kerana penyakit ini menyerang golongan lelaki yang sudah berusia 60 tahun ke atas,” tulisnya menerusi laman akaun twitter miliknya. Jelasnya.

Kesimpulannya disini, tak kiralah anda lelaki atau perempuan, kena juga alternatif seperti mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan dari menghidapi kanser payudara

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik artikel berikut:

Macam Mana Nak Ukur Saiz Bra Ngam-Ngam Dengan Payudara Ni?

Kebaikan Hisap Payudara Isteri

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna