Doktor Ini Tegur Mereka Yang Pandai-Pandai Letak Ubat Gigi Pada Kulit Melecur..Awas!

Tangan kalau kena air atau minyak panas, terus je letak ubat gigi berpudina tu, nanti lega la…”

Mesti pernah dengar petua atau tip turun-temurun ni dari kebanyakkan orang bila tangan melecur kan? Kalau tak sapu dengan ubat gigi pun, mungkin ada yang kata sapu kicap, tepung, celup dalam beras atau sapu dengan serbuk kopi. Kononnya mujarab dan akan mengelakkan kulit daripada bergelembung.

Hakikatnya, di sebalik petua ini terdapat kesan buruk jika anda sapu apa-apa bahan yang anda sendiri tak tahu apa kandungannya. Lebih membimbangkan lagi, ramai yang ikut petua ini dan akhirnya memberi kesan buruk pada kawasan lecur jika menyapu ubat yang tidak disarankan oleh doktor.

Buktinya, seorang mangsa lecur yang terkena minyak panas pada bahagian tangannya mengelembung teruk selepas menyapu ubat gigi pada kawasan kulit yang melecur. Visual tangan yang mengelembung tular di media sosial sehingga seorang doktor perubatan, Dr. Kamarul Ariffin tampil bersuara membincangkan tentang isu ini.

Katanya, jika kulit melecur tidak perlu sapu dengan apa-apa bahan masakan di dapur pun kerana ia akan menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan. Jadi, beliau memberitahu apa yang sepatutnya perlu buat jika kulit anda terkena minyak atau air panas.

Rawatan sebetulnya adalah…

Nasihat beliau…

3 tahap melecur…

Bagaimanapun, beliau turut menerangkan melecur mempunyai 3 tahap iaitu…

Lepas ni kalau kena minyak atau air panas, jangan pula memandai-mandai sapu bahan masakan. Terus je siram dengan air bersuhu bilik. Tak dengar nasihat doktor, terimalah padanya nanti ye!

Anda juga boleh baca artikel  selanjutnya di sini; Doktor Perubatan In Kongsi Tip Untuk Cepat Hilangkan Ulser Mulut

 

 

 

 

Sumber: twitter dr. kamarul ariffin

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna