Doktor Ini Kongsi Langkah Betul Bila Hidung Berdarah

Hidung berdarah atau istilah perubatannya, epistaksis berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca. Antaranya seperti….

  1. Kecederaan.
  2. Jangkitan sinus.
  3. Tindak balas kimia.
  4. Terlalu kerap bersin.
  5. Menghembus hidung dengan kuat.
  6. Udara terlampau sejuk atau kering.
  7. Kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung.

via GIPHY

Tindakan salah bila hidung berdarah…

Mungkin ada di antara kita pernah mengalaminya atau melihat orang sekeliling seperti anak, kawan, pasangan atau adik-beradik berlaku pendarahan pada hidung.

Waktu tu, mulalah sumbat segala tisu atau kain bagi memberhentikan darah keluar mengalir. Malah, mungkin ada yang mendonggak atau baring kononnya untuk memulihkan pendarahan.

Sumber: freepik

Apa tindakan yang betul?

Malangnya, tindakan tersebut sebenarnya salah. Jadi, salah seorang doktor bahagian telinga, hidung dan tekak, Dr Mohd Saiful Nizam membuat perkongsian tindakan yang sepatutnya anda lakukan jika mengalami situasi ini.

Tindakan tersebut adalah…

  1. Jangan panik!
  2. Jangan sesekali baring.
  3. Duduk tegak dan tundukkan sedikit kepala kebawah.
  4. Picit kawasan lembut depan hidung.
  5. Jika ada darah mengalir belakang tekak, ludah keluar dan jangan telan.
  6. Letakkan ais di kawasan dahi.
  7. Kemam ais dalam mulut.
  8. Bernafas melalui mulut buat seketika.
  9. Jika masih berdarah, segeralah ke Hospital terdekat.

Malah, Dr Saiful turut menegaskan jika tetap berdegil untuk baring atau mendongak, risiko tinggi untuk darah masuk ke dalam paru-paru. Kemudian boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Take note okay guys?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Senarai Makanan Tepat Untuk Mereka Berpenyakit Darah Tinggi

Gara-Gara Rambutan, Bergaduh Sesama Jiran!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: portalmyhealthtwitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna