Doktor Ini Basuh Mentaliti Netizen Tentang Produk Kesihatan Sampah

Lambakkan produk kesihatan dan kecantikan kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang merisaukan adalah adakah kesemua produk kecantikan tersebut benar-benar selamat untuk digunakan? Pelbagai janji ditabur seperti, putih hanya selepas sekali pakai, kulit licin mulus tanpa jerawat, dan hampir segalanya mampu dibuktikan dalam hanya tempoh yang singkat dan ia sebenarnya meragukan. Namun, tidak semua nampak kebenarannya.

Justeru itu, salah seorang ahli #MedTweetMy tampil memberi penerangan di twitter kepada orang ramai agar tidak mudah ditipu dengan penjual produk tiruan mahupun ditipu dengan penggunaan gelaran doktor. Mari baca penjelasan dari Doktor Dermatalogi, Hafsah Sazali.

Berdasarkan penjelasan Doktor Hafsah menerusi akaun twitter miliknya adalah, jangan mudah tertipu dengan istilah yang sering digunakan oleh penjual produk sampah serta taktik promosi untuk membuat orang ramai percaya dengan produk mereka betul-betul disahkan.

Malah, Doktor Hafsah sudah menjangkakan penjelasannya ini pasti dapat tentangan hebat dari penjual mana-mana produk sampah dengan mengatakan doktor-doktor di Malaysia cuba menutup periuk nasi mereka. Jadi, ini penjelasannya.

Akhir sekali, Doktor Hafsah memberi pesanan kepada orang ramai supaya jauhi produk dan sebelum membeli berfikir terlebih dahulu. Jangan mudah percaya.

Wah! Bukan main lagi panjang berjelar-jelar Doktor Hafsah cubaan membasuh mentaliti masyarakat kita. Ada benarnya apa yang diperkatakan, pengguna zaman kini perlu lebih bijak dalam memilih produk-produk yang dijual. Jadilah pengguna yang bijak okay!

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna