‘Dos & Dont’s’ Bila Buat Rumah Terbuka

Sudah menjadi tradisi turun-menurun masyarakat melayu bila tiba bulan Syawal, kebanyakan kita yang berkemampuan akan mengadakan rumah terbuka untuk kawan atau saudara untuk datang berkunjung rumah. Bukan apa, bila lagi nak berkumpul beramai-ramai kan? Lagipun kemeriahan waktu raya suasananya lain bila lepak hari biasa.

BACA:

5 Kuih Raya Yang Semakin ‘Pupus’!

Tak Nak Lama-Lama Dekat Dapur Masa Hari Raya? Ini 3 Petua Mudah Untuk Anda

Sumber: gambotor

Dalam kemeriahan rumah terbuka tu, kita sebagai tuan rumah kena fikir panjang juga tentang menu dan siapa tetamu yang hadir. Jangan main masak je, nanti rasa terbeban. Terus tahun depan tak nak buat lagi dah rumah terbuka. Jangan macam tu, jom ikut tip yang kami kongsikan ni. Senang je!

Permaidani

Kalau boleh jangan letak permaidani di bahagian ruang tamu sebab peluang untuk air tumpah atas permaidani sangat tinggi. Satu hal pulak nak cuci permaidani, kan dah susah tu. Lebih baik biarkan lantai kosong tidak berlapik, Senang nak lap kalau ada budak atau mak ayah budak yang tertumpahkan air.

via GIPHY

Hidangan

Jadi kreatif bila fikirkan tentang menu. Sebolehnya, satu lauk boleh guna untuk dua juadah. Misalnya, ayam masak hijau boleh dimakan bersama nasi atau lemang. Kuah kacang boleh dimakan bersama sate atau nasi impit. Kan dah bermacam aneka pilihan.

Sumber: bumbumcak

Barangan berkaca

Peringatan ini paling penting untuk anda yang sukakan perhiasan kaca. Pastikan barangan kaca disimpan atau diletakkan di bahagian atas yang sukar untuk dicapai oleh kanak-kanak. Biasalah, nanti kalau dah ralit bersembang sampai lupa nak pantau si kecil meneroka rumah.

Sedekah

Ini lah benda yang ramai yang takut-takut nak buat. Iyalah, takut makanan tak cukup. Tapi, nanti tak rasa membazir ke kalau akhirnya anda buang lebihan makanan tu? Ha… Lepas ni bila dah agak-agak 10 terakhir tetamu yang datang, sedekahkan je makanan yang banyak. Taklah membazir.

Nampak je benda ni semua remeh kan? Tapi, kalau tengah rumah terbuka berlangsung, pening dan penat nak kawal keadaan. Kalau nak senang, kena ikut tau tip Donna ni. Bye!

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna