Disebabkan Mereka, Hidup Saya Berubah. Zarina Zainuddin Bersyukur Ada Anak Autisme

Bukan mudah apabila seorang ibu diuji dengan dikurniakan anak yang menghidap penyakit autisme kerana setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan anak mereka dilahirkan dalam keadaan yang baik dan sihat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitu lah rasa kepayahan seorang ibu yang ingin membesarkan anak istimewa dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Nama pelakon Zarina Zainuddin tidak asing dalam dunia lakonan. Dianugerahkan dua insan istimewa yang menghidapi penyakit autisme, netizen kagum melihat kesungguhan dirinya dalam mengurus anak kembarnya Azal dan Azil.

Sumber : Instagram

“Mula-mula saya tertanya kenapalah saya dapat ujian macam ni, tapi sekarang saya boleh katakan saya sangat bersyukur alhamdulillah sebabkan mereka, hidup saya terus berubah totally! Belajar bersabar, boleh uruskan macam-macam semua saya buat sendiri.”

Rezeki datang tanpa diduga, berkat kesungguhan Zarina dalam membesarkan anaknya membuahkan hasil. Perkongsian aktiviti anaknya di laman Instagram turut mendapat perhatian netizen di mana sedikit sebanyak telah memberi pendedahan pada masyarakat tentang anak autisme. Mungkin ada di antara anda yang masih belum tahu tentang penyakit autisme kerana ia tidak dapat dilihat secara fizikal.


Sumber : Instagram

Menurut Reynolds, pengasas Joy Autism Services kanak-kanak autisme tidak dapat dikategorikan dalam jenis-jenis yang tertentu dan ia harus dilihat secara individual. Setiap anak autisme adalah berbeza dan ia berdasarkan personaliti mereka.

“Masyarakat mempunyai pelbagai stigma terhadap anak autisme, yang mengatakan mereka ni cacat susah nak jaga. Setiap hari beratus ribu mengenai kes autisme yang dilaporkan, mereka hidup sama seperti kita. Jadi kenapa kita tidak boleh terima?”

Sumber : Instagram

“Mungkin ia boleh terjadi pada rakan anda, anak atau saudara. Masyarakat seharusnya sedar dan terima kerana anak austisme sebenarnya lebih normal daripada apa yang kita jangkakan. Mungkin mereka tidak boleh berada dalam standard kita, tapi sebagai manusia biasa why not we drop down and try to adapt with them?

Sesetengah masyarakat akan memandang serong apabila anak autisme di bawa ke pusat beli belah ataupun majlis tertentu tambah pula ketika mereka mengalami tantrum. Sebagai seorang insan yang prihatin, seharusnya cuba untuk fahami dan menyelami hati mereka agar sesama kita dapat membantu nasib keluarga yang mempunyai anak autisme.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna