Disebabkan Ibu Mengalami Kemurungan, Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera

Terkejut apabila melihat berita baru-baru ini apabila polis menahan suami isteri dan wanita untuk siasatan kematian bayi lelaki 23 bulan dipercayai didera, 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.

Manakala, wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa ditahan pada 8 November di Putrajaya.

Katanya, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.

“Polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November, yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.

“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini.

Abdul Aziz berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.

“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.

Susulan itu, suami isteri berkenaan mangsa direman sehingga 18 November manakala, kenalan wanita direman sehingga 15 November.

Untuk berita lebih lanjut klik di sini.

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna