Disebabkan COVID-19, Destinasi Pelancongan Luar Negara Ini Ditutup

Dalam satu laporan yang dipetik dari portal Bernama, jumlah kes di negara meningkat akibat kes kluster sementara senario global menunjukkan kenaikan kes menghampiri angka 100,000 dengan kematian melepasi angka 3,000 setakat ini.

Di Malaysia, setakat ini 177 pesakit disahkan positif COVID-19 termasuk 24 pesakit yang sudah pulih. Berikut adalah laporan jumlah terkini pada 6 petang semalam.

 

Sumber: KKM 

Berikutan itu, bermula 3 Mac minggu lepas Jabatan Imigresen menutup semua laluan pagar automatik untuk warganegara Malaysia, E-Gate bagi warga asing (NERS) dan Sistem Pelepasan Automatik (MACS) di semua pintu masuk negara, berkuat kuasa serta merta.

Tak cukup dengan itu, CNN Travel turut melaporkan beberapa tempat pelancongan sudah mula ditutup untuk semua pengujung kerana wabak ini. Antaranya adalah…

Disneyland

Sumber: marketplace.org

Kalau anda semua perasan, Disneyland tak pernah lengang dengan pengunjung. Kalau pergi mana-mana Disneyland pun, pasti akan dibanjiri dengan ribuan orang tapi sekarang ni, taman tema popular ini ditutup buat sementara waktu untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 lebih teruk.

Antara Disneyland yang ditutup buat masa sekarang adalah Disneyland Hong Kong, Disneyland Shanghai, Disneyland dan Disneysea Tokyo. Sehingga kini, mereka belum keluarkan kenyataan bila mereka akan beroperasi semula.

Gyeongbokgung Palace, Korea Selatan

Sumber: ctvnews

Selalunya sesiapa yang pergi melancong ke Korea Selatan, pasti akan ada gambar mereka menyarungkan pakaian tardisional Korea, Hanbook. Ha, dekat sinilah kawasan tu tapi sejak wabak ini menular, kawasan pelancongan ini ditutup tapi untuk melihat sekitar kawasan istana boleh je.

Muzium Louvre, Paris

Sumber: vox

Menurut sebuah portal, muzium ini ditutup kerana terlalu ramai pekerja mengambil cuti untuk mengelakkan dari dijangkiti COVID-19 sehinggakan muzium ini perlu ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan reda. Baguslah pekerja mereka kerana pentingkan kesihatan.

Tokyo Skytree, Jepun

Sumber: gajinpot

Berada pada ketinggian 634 meter dan selalu menjadi perhatian pengunjung kerana dapat melihat seluruh bandar Jepun. Jadi, buat masa sekarang dari 1 Mac sehingga 15 Mac Skytower ini ditutup.

Kalau ikutkan, bila dah sesetengah kawasan di negara mereka tutup kita kena fikir sendiri bahawa negara mereka sudah tidak selamat lagi untuk berlegar-legar. Buat apa nak semak harga tiket? Duduk rumah diam-diam dan jaga kebersiahan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bahaya! Obor-Obor Beracun Di Terengganu Mampu Bunuh Dalam 3 Minit

Comel! Lihat Keadaan Fizikal Adik Ainul Lepas 6 Bulan Perbedahan ‘Germ Cell Tumor’

 

 

 

 

 

Sumber: lobakmerah

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna