Sumber Foto: Dailymail

Bekas pengurus Salon Rambut Runfa dikenali sebagai Pan mendedahkan perkara itu kepada sebuah rancangan televisyen di Chengdu bahawa pekerja dipaksa menjual produk rambut bernilai 3,000 hingga 4,000 yuan (RM1,800 hingga RM2,400) setiap hari. Jika tidak, awas semua pekerja bakal berdepan hukuman yang tidak masuk akal.

Sumber Foto: Dailymail

Selain dikenakan denda menampar diri sendiri dan wang tunai, ada juga kakitangan dipaksa memakan cili dan bawang, meminum cuka serta terpaksa berlari sejauh 10 kilometer jika gagal mencapai sasaran itu. Pan dan beberapa rakannya kemudian telah dipecat kerana membantah hukuman tersebut telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Syarikat di China memang terkenal mengenakan hukuman memalukan kepada pekerja termasuk berlari hanya memakai pakaian dalam, merangkak di jalan raya dan memakan cacing. Sebelum ini juga viral apabila sebuah syarikat merotan serta memaksa pekerjanya meminum air kencing sendiri sebagai balasan tidak menjalankan tugas mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Kebanyakkan syarikat yang melakukan denda kejam ini bukan hanya daripada syarikat kecil malah syarikat ternama dan institusi perbankan terkenal juga melaksanakannya.