Dipaksa Makan Cili, Diberi Ubat Tidur Berlebihan! Mana Perginya Belas Kasihan Manusia-Manusia Ni

“Bagai kacang melupakan kulit, ulat melupakan daun” pepatah melayu ini mungkin sesuai dijadikan sebagai kata kiasan yang menceritakan tentang fenomena yang berlaku apabila isu golongan warga emas kian terabai dan dipergunakan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sayu hati bila mendengar kejadian tular yang berlaku di Seremban apabila seorang warga emas dipercayai didera oleh seorang penyelia pusat jagaan sejak tiga tahun lalu. Mana perginya belas kasihan dan rasa kasih sayang seorang insan terhadap golongan yang tidak berkemampuan ini sehingga sanggup melakukan perbuatan kejam tersebut.

Related image

Sumber: hmetro

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan kelakuan penjaga yang dipercayai telah mempermainkan penghuni dan didakwa dipaksa minum air kencing, makan cili dan dan diberi ubat tidur secara berlebihan. Malaysia antara negara yang masih kekal dengan prinsip ketaatan pada ibu bapa dan sangat dituntut oleh agama. Tetapi di mana hak mereka yang sepatutnya ditunaikan oleh anak-anak?

View this post on Instagram

#onenews Di Seremban, warga emas yang menghuni sebuah pusat jagaan, dipercayai didera seorang penyelia pusat jagaan berkenaan sejak tiga tahun lalu. Maklumat yang tular di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu turut mendakwa, sekurang-sekurangnya 10 warga emas dikatakan sudah meninggal dunia akibat perbuatan kejam penyelia wanita itu. Apa yang menyedihkan, warga emas yang menghuni pusat jagaan berkenaan didakwa dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberi ubat tidur secara berlebihan. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon memaklumkan beliau sudah ke pusat jagaan berkenaan. Tambahnya, pemilik pusat jagaan warga emas itu turut membuat laporan polis terhadap seorang kakitangannya berhubung kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

A post shared by ONE NEWS (@malaysiaonenews) on

 

Bukan hanya diberi ubat tidur berlebihan tetapi mereka turut disepak, dipukul dan diikat pada kerusi malah dokumen pengenalan diri penghuni tersebut turut disimpan oleh penyelia. Apabila kejadian ini berlaku pernah tak terdetik dalam hati anda siapakah warga emas di mata masyarakat? Di dalam usia yang lanjut dan tidak berkeupayaan, mereka sebenarnya sangat memerlukan kita dalam meniti hari-hari yang datang.

Warga emas adalah cerminan kepada kedua ibu bapa anda, jadi sebagai seorang anak apa salahnya berkhidmat sementara mereka masih ada. Jangan pernah anggap ibu bapa adalah satu bebanan, kalau diimbas kembali sewaktu anda lahir mereka akan menatang seperti minyak yang penuh. Jadi hargai mereka dan sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi anda.

 

 

 

 

 

Sumber: beritaharian

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna