Dilamar Gaya Barat, Cucu Tun M Jawab Kritikan Netizen

Kalau artikel sebelum ini Donna selalu memuat naik kisah percintaan tentang kerabat diraja British, Megan Markle dan Putera Harry. Kali ini, Donna ingin kongsikan pula kisah percintaan salah seorang anak menteri Malaysia, Meera Alyanna Mukhriz atau lebih mesra dikenali dengan nama Ally Mukhriz.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya dilamar dengan berlatar belakangkan lampu-lampu bunga yang berbentuk A.E dan hamparan kain putih yang menaikkan lagi seri hiasan. Wah! Romantik betul bakal suami Ally ni.

Berikutan itu, posting tersebut telah berjaya meraih lebih 20 ribu likes dengan kapsyen “1 million time, yes!” menandakan Ally bersetuju dengan lamaran jejaka tersebut.

Tidak cukup dengan memuat naik gambar di posting Instagram, Ally juga berkongsi video di Insta Story detik-detik sebelum lamaran dilakukan dengan meluahkan rasa penghargaan kepada yang membantu bakal suaminya dalam menjayakan kejutan ini.

Seperti biasa, netizen membanjiri ruangan komen pada posting tersebut dengan mengucapkan tahniah kepada Ally dan disertakan dengan sepatah dua ucapan.

Namun, disebalik ucapan tahniah, ada sesetengah netizen memberi kritikan gaya hidup cucu kepada Perdana Menteri  Malaysia yang disegani ini dengan mengatakan “datuknya pemimpin negara islam, cucunya buat tradisi orang bukan islam”. Komen tersebut dijawab oleh Ally sendiri dengan hujahnya tentang adat melayu.

Antara netizen yang menentang kenyataan pengguna Instagram @amani_8792

Tahniah buat Ally kerana bakal menjadi seorang isteri. Harapnya hubungan kekal hingga ke anak cucu dan jangan mengetepikan ajaran agama. Selamat pengantin baru!

 

 

 

 

 

Sumber: instagram ally.mukhriz

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna